Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Wednesday 5 September 2012

Novel sepupuku suamiku ~ Lynn allyna



Novel SEPUPUKU SUAMIKU  ini telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular~Berita Harian 2011. 
 Novel ini merupakan karya sulung dari Lynn Allyna.
Sy bagi 5 bintang untuk novel nie..
Best!!!!!!!!....

Tahniah buat penulis Lynn Allyna



Sepupuku Suamiku
Karya lynn Allyna
Terbitan Kaki Novel
Harga RM 19.00
‘Larilah hingga ke hujung dunia,
Berenanglah hingga ke dasar lautan,
Terbanglah hingga langit ketujuh.
Kalausudah jodoh, pasti bersatu jua.’

Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisham telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu persatu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.

Bagi Hisham pula, andai bercerai badan sekali pun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri.

Ketaasuban cinta Hani pada Hisham tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisham kembali semula padanya. Makin kuat Hisham menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.

“Abang, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti.”
Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? 
Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan?
Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.

Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.










maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)



No comments:

Post a Comment