Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday 20 December 2012

Novel Baru......1.2x5~Areila Sahimi 2.Sayang Cikgu Ketat-Ketat~Rafina Mimi Abdullah dan 3.Selepas kamu......







Nie la dia novel-novel yang baru saya beli.....Novel-novel nie saya kirim kat adik saya yang dok kat Politeknik Permatang Pauh, Penang….. thank you Acung, Laen kali boleh la k.yant kirim lagi yow.......
(n_n) (^_^)

Novel 2x5 karya Areila Sahimi dan Sayang cikgu ketat-ketat….Sebuah novel lagi tu,  Selepas kamu karya Sofea Ixora adalah pilihan adik saya (dia terpikat ngan novel nie, last2  di tolak kat saya, jadi nak buat macam mana…bayar aje le..sebab citernya pon ok gak)

Saya dah baca bahagian awal novel 2x5 di blog Areila Sahimi iaitu http://starluvu.blogspot.com/2009/07/2-x-5.html
Terasa nak sangat tahu endingnya.. Almaklumlah karya Areila Sahimi tidak pernah mengecewakn  setakat nie... Dan akhirnya ternyata tidak mengecewakan...... best dan sangat-sangat terhibur <3
Novel 2x5 nie, kalau tak silap saya pernah menang Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2011 di tempat kedua....
Novel Sayang cikgu ketat-ketat pula, saya baca bahagian awal novel nya di http://www.penulisan2u.my/2011/12/novel-sayang-cikgu-ketat-ketat-1/

Nie la cover untuk novel Sayang cikgu ketat-ketat di penulisan2u.......
novel nie kira ok juga.....best juga dan tak la rugi beli.....











2x5
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM19.00

Seorang kecewa menonggeng.
Seorang kecewa berguling.
Seorang merentas Lebuh Raya Utara Selatan.
Seorang terbang menyeberangi Laut China Selatan.
Agak kalau seorang kata sudah sampai ke pusat angkasa ISS.
Mahu yang seorang lagi akan kata dia sudah memjejakkan kaki ke tanah bulan!!!!!


SINOPSIS YANG TERDAPAT PADA DIBELAKANG KULIT NOVEL 
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga…..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.
Dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi si hartawan yang hartanya tidak habis makan menimbulkan cemburu dihati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.
Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing-masing 2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim??????? Memang cemburu 
tanda sayang. Tapi terlebih cemburu juga boleh membawa padah………




Sayang Cikgu Ketat-ketat
Karya Rafina Mimi Abdullah
Terbitan Kaki Novel
Harga RM20.00

“Saya sayang cikgu.”
“itu aje?”
“Saya saying cikgu ketat-ketat.”
“Hah? Apa dia?”


SINOPSIS YANG TERDAPAT PADA DIBELAKANG KULIT NOVEL 
Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.

“Jadi… Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”

“Cikgu… saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”

Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu. 

“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”

Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?





[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie


"Tak sangka pulak, nenek saya tiba-tiba saja ada kat depan mata. Emmmmm......nampaknya Anis berbohong dengan saya. Memang betul la Anis masih tak puas hati dengan saya tapi tak mengaku..........."
Lagu nie la yang berkumandang dari handphone Anis yang berada di dalam poket baju sekolah Anis. Kan dah KANTOI...hehehehe...
Aishiteru


Lagu kegemaran cikgu Safarin..
Ada Band ~ Nyawa Hidupku.


Keluar dari hospital, Cikgu Safarin dengar lagu tau...
Steelheart ~ She's Gone
best tau lagu nie.

Selepas dengar lagu nie, Anis nekad untuk pulang kepangkuan cikgu Safarin. Walaupun dihalang oleh ayahnya dan masih belum habis berpantang.
Eren feat. Romi ~ Pelengkap Hidupku.





 Selepas Kamu
Karya Sofea Ixora
Terbitan Fajar Pakeer
Harga RM19.00

Rindu itu nafasku,
Saying itu degup jantungku,
Cinta itu nyawaku…..


SINOPSIS YANG TERDAPAT PADA DIBELAKANG KULIT NOVEL  

Alia: “Kenapa hati ini dicipta untuk disakiti berkali-kali? Tidak sanggup rasanya untuk terus disakiti begini. Ya Allah hanya Kau yang mengerti betapa sengsaranya diri ini hanya kerana menagih cinta sejati daripada makhluk bernama manusia.
Tengku Azril: “Alia…… Aril bukannya lelaki yang sempurna pun. Namun apa saja yang Aril beritahu Alia sebelum ni, tak ada satu pun dusta. Semuanya benar. Setiap hari Aril mengingati Alia…..…”
Haqimi: “Tapi kalau Alia berdegil nak bayar juga Qimi terima. Cuma bukan bayar dengan duit tapi Alia kena jadi isteri Qimi.”
Alia pernah bahagia dengan cinta pertamanya, Tengku Azril. Angan-angan mereka musnah untuk hidup bersama atas angkara ibu Tengku Azril sendiri. Lebih teruk, Alia dihalau oleh keluarganya. Lantas dia membawa diri ke Kuala Lumpur. Tanpa diduga Haqimi hadir mengetuk pintu hatinya. Alia teragak-agak untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Namun, sebelum dia sempat merasai kebahagiaan bersama cinta kedua, sekali lagi Alia diuji. Haqimi tiba-tiba menghilangkan diri. Lebih bingung dia secara tidak rela menjadi tunang
Faris iaitu abang Haqimi sendiri.

Dalam penantian menunggu Haqimi kembali semula kepadanya, Alia dikejutkan dengan kehadiran Datin Zaidah, wanita yang bertanggungjawab memusnahkan impiannya untuk hidup bersama cinta pertamanya. Wanita itu meminta pertolongan Alia agar memujuk Tengku Azril balik ke Malaysia selepas hampir empat tahun tidak pulang ke tanah air.
Ternyata pertemuan Alia dengan Tengku Azril bukanlah pertemuan biasa. Tengku Azril benar-benar ingin memujuk Alia agar kembali kepadanya semula. Hidup Alia yang tenang tiba-tiba menjadi resah dek tiga lelaki dalam hidupnya. Faris, tunang tidak sengaja Alia. Haqimi, bos dan kekasihnya. Tengku Azril, bekas kekasih merangkap tunang tidak jadi.








maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)