Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday 31 August 2012

Novel M.A.I.D ~ Suri Ryana & Yes BOSS ~ Areila Sahimi......



          Novel2 ni sebenarnya dah lama sy beli ……
*M.A.I.D. (mei 2011) 
*Yes BOSS (Nov 2011)
~kirim kat kakak iparku, Kak Mimie dan adik iparku, Dyla. TQ kat deme..TQ....TQ....hehehe…dh lebih setahun dh….dh banyak kali sy ulang2 baca…. 

           Baru2 nie kedua2 penulis nie ade menang satu anugerah, Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian kategori fiksyen 2012. Novel M.A.I.D. karya Suri Ryana menang tempat pertama.  Manakala tempat kedua novel 7 hari menyintaiku karya Siti Romizah dan novel Yes BOSS karya Areila Sahimi ditempat ketiga.  Artikel mengenainya keluar kat surat khabar Berita Harian 26 Ogos 2012……






M.A.I.D.
Karya Suri Ryana
Terbitan Kaki Novel
Harga RM 26.00

“Ya Allah Noorul....takkan goring ikan pun kau tak tahu ?
Masak nasi tahu tak ?
Haih……habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat. Noorul.”


Sinopsis yang terdapat dibelakang novel

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F ( fussy ).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara ? Asyraf ? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa – perempuan ‘plastik’ yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina – bekas kekasih Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? ‘Kuali’ ? ‘Sudip’ ?







Yes, BOSS !
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM 19.00

Boss memang macam tu kan ?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes, Boss !”


Sinopsis yang terdapat dibelakang novel

Aryana……dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat boss seperti Ilham Irfan : selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah boss ……kena turut. Setiap rentak boss…..kena ikut. Semua kena yes, boss !
Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuat dia sering terluka.

Ilham….. dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua ‘teman tapi mesranya’ itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya ? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang patut dia buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah.Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan : “Yes, Boss !”
Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang boss yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah ! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu !






maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)








No comments:

Post a Comment