Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday 24 September 2012

KOMIK BUDAK GETAH......


ONE PIECE 

BUDAK GETAH 


Komik jepun yang dialih bahasa ke Bahasa Malaysia.......
Sebab tu lah buku nie dibaca dari kanan ke kiri.......






Nie la komik yang paling best EVEEEEEEEER!!!!!! 
Komik nie boleh wat kita ketawa non stop ( n_n HeHeHe....), kelakar gila-gila dan terharu hingga mengalirkan air mata serta mampu membuat sy rasa teruja dan tidak sabar untuk menunggu keluaran seterusnya.
Kisah lanun yang laen dari yang laen....sangat berbeza..


Komik nie hasil karya Eiichiro Oda. Eiichiro Oda merupakan kartunis yang sangat hebat dalam mengembangkan plot cerita, menghidupkan watak di samping melukis situasi pertempuran yang penuh aksi dan bergaya....

Okay, kat en3 nie sy selitkan sinopsis untuk komik budak getah volum 1 .......laen kali sy sambung volum yang seterusnya.....Komik nie sekarang dah No. 65.....dan masih terus berkembang jalan ceritanya........



Kisah budak getah nie bermula pada zaman lanun berleluasa, lanun-lanun bersaing hebat untuk mendapatkan harta karun tunggal "ONE PIECE" yang kononnya ditinggalkan oleh RAJA LANUN, "GOLD ROGER"


Komik BUDAK GETAH 
volum 1


LUFFY……..seorang budak yang bercita-cita mahu menjadi RAJA LANUN. Luffy sangat mengkagumi RED HAIR SHANKS, ketua lanun yang menjadikan pekan di kampung Luffy sebagai satu hentian.

Luffy juga telah termakan ‘BUAH SYAITAN’ yang dirampas oleh Shanks dan pengikut-pengikutnya dari kapal musuh.

 {Buah syaitan adalah benda yang paling bernilai di dalam lautan. Sesiapa yang memakannya, tidak akan tahu berenang untuk selama-lamanya…………}

BUAH GUM GUM (buah Syaitan) yang dimakan oleh Luffy telah mengubah badannya menjadi elastik seperti getah.





Kumpulan penyamun yang bermusuhan dengan Shanks telah menangkap dan mencampakkan Luffy ke laut. Shanks menyelamatkan Luffy daripada lemas dan diserang oleh makhluk laut.Dalam usaha menyelamat itu Shanks kehilangan sebelah tangannya.
Luffy berhasrat kuat untuk menjadi seorang lanun dan menjadikan topi jerami yang dihadiahkan oleh Shanks sebagai lambang. Luffy memulakan pelayaran dengan menaiki perahu dan berlayar seorang diri serta cuba mendapatkan teman untuk membentuk satu pasukan lanun.
Bertemu Roronoa Zoro, si pemburu lanun yang sedang ditawan oleh Angkatan Laut. Luffy mengajak Zoro menyertai kumpulan lanunnya, tapi Zoro menolak. Selepas membantu Zoro melepaskan diri, Zoro menerima tawaran Luffy. Penyertaan Zoro ke dalam kumpulan lanunnya. Mereka berdua meneruskan pelayaran. Luffy dibawa pergi oleh seekor burung, lalu bertemu pula dengan Nami, si pencuri lanun.............. 



Dalam volum 1 nie Luffy telah bertemu dengan

 #Coby

 #Albida; Lanun perempuan~batang berduri

 #Roronoa Zoro~pemburu lanun

Roronoa Zoro, atau nama samaran "Pemburu Lanun Zoro". Zoro ialah pemedang yang berlawan dengan tiga pedang, dengan memegang pedang ketiga di mulut. Untuk mengotakan janjinya kepada sahabat lamanya, Kuina, dia berhasrat untuk menjadi pemedang terhebat dunia dengan mengalahkan Dracule Mihawk. Zoro pernah menjadi pemburu upahan sebelum berjumpa dengan Luffy.

 #Hermeppo~ anak Kapten Morgan
 #Kapten Angkatan Laut~Tangan Kapak Morgan
 #Nami~Pencuri khas mencuri dari lanun.

Watak2 nie mungkin akan muncul kembali di volum yang seterusnya......       



1 comment:

  1. One piece anime pling selain drangon ball...xpenah miss tngok...huhu

    ReplyDelete