Saturday, 24 January 2015

KEK MINYAK

Nampak sedap tak????



Kali ni saya nak kongsikan resepi kek minyak pula ye. Resepi ni saya dapat dari facebook resepi ummi. Saya tengok bahan2 nya mudah didapati dalam rumah saya ni… sukatan bahan2 mengunakan cawan dan sudu (ok sangat la tu, bukan apa saya tak suka guna penimbang, leceh) dan cara masak pun senang diikut.


Bahan2
§  3 biji telur
§  ½ cawan gula castor
§  1 sudu besar ovalet
§  1 cawan susu pekat
§  1 sudu the perasa vanila
§  1 cawan minyak
§  2 cawan tepung gandum
§  1 sudu the baking powder
§  Pewarna (saya guna warna merah, hijau, kuning dan biru)

Cara2 membuatnya
1) Ayak tepung gandum dan baking powder – tepikan dulu.
2)  Pukul telur, gula dan ovalet sampai gebu.
3)  Masukkan susu dan perasa vanilla – pukul lagi.
4)  Masukkan minyak dan pukul lagi.
5) Selepas itu, masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama dengan baking powder tadi – pukul hingga sebati.
6) Bahagikan ikut warna yang kita nak. Selang selikan adunan dalam Loyang.
7)  Kukus selama45 minit………
8)  Siap. ^_^



Selamat mencuba.
nyum....nyum....nyummy......