Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Saturday 15 September 2012

Koleksi Novel Damya Hanna....





 Damya Hanna @ Intan Suhana Ramli telah menghasilkan 7 buah novel iaitu;
Bicara Hati
Sepi Tanpa Cinta
Saat Cinta Bersemi
Relaku Menanti
Senafas Cinta
Ternyata Cinta
Ilham Hati

 Tp sy blum baca lagi novel Ilham hati nie.....hehehe...


Bicara Hati
Karya Damya Hanna
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. /Tahun 2003
Harga RM 18.00
‘Tatkala
sendirian hatiku
terdengar degupan
cintamu’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.




Nie cover novel Bicara Hati yang baru....





Sepi Tanpa Cinta
Karya Damya Hanna
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. / Tahun 2004
Harga RM 18.00
‘Ku tetap menanti
 selagi ada asa
di sebalik rindu
yang tegar’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...






Saat Cinta Bersemi
Karya Damya Hanna
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. /Tahun 2005
Harga RM 18.00
‘Biar beribu tahun
akhirnya hatimu
akan kembali
ke lubuk kasih kita’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?




Rela Kumenanti
Karya Damya Hanna
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. / Tahun 2006
Harga RM 19.90
‘Sesungguhnya
penantian ini satu seksaan yang
 mengguris hati hingga luka’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
BAHAGIAKAH Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.

"Jika aku di hatimu,
 mengapa dia yang jadi sebutan?"

Berkali-kali frasa itu diulang. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tidak pernah dia merasakan sakitnya bercinta. Puas sudah dia memarahi hatinya yang degil. Tapi bayangan Nurin juga yang dinanti-nantikan. Tewaskan dia pada seorang gadis yang egois?

Nurin memang mengerti perasaan Zamil. Sengaja dia berdolak-dalih, lelaki itu 'hanya kawan.' Entah berapa kali dia membohongi hati. Sedangkan bila berjauhan, ada rindu yang menderu dan ada resah yang membara. Hangatnya membakar dalam diam... Hatinya yang terguris tak nampak di mata. Bagi Nurin, cinta tidak semudah melepaskan kata-kata. Dia rela menanti, biarpun disebut jangan, dikenang pun jangan.

"Kau mungkin tidak tahu,
 kasihku bagai di hujung nyawa."

Lalu antara mereka, ada yang terluka. Luqman menjauh bersama doa setelah Zamil mengundur diri. Liyana kembali demi mengutip salah sendiri. Dan Mylia pergi dengan keangkuhan. Jadi siapa yang akan mengikat setia kasih ini? Nurin hanya berserah.

Dia yakin... cintanya milik lelaki itu!






Senafas Rindu


Karya Damya Hanna

Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. / Tahun 2007
Harga RM 19.90
‘Meskipun berjauhan
aku sentiasa dapat merasai
 getaran gemuruh di hatimu’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.

Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Viviana adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.

Disaat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti.... sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.

Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.






Ternyata Cinta


Karya Damya Hanna

Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. / Tahun 2008
Harga RM 19.90
‘Cinta kita yang sentiasa mekar
 tersemai di laman hati ini’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala..






No comments:

Post a Comment