Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday 17 December 2013

D.I.Y FELT CAKE

Post yang lepas, sy ada buat kek yang terlebih kembang (felt cake).. ada yang tanya macam mana nak buat tiga segi kek tu.... sy ni tak tahu cara nak menerangkan...nak buat tutorial sendiri, tak reti juga.....sebab sy pun tak ada cikgu yang ajar, semuanya dari pemerhatian sy saja....jadi sy meng'google cara nak buat kek tu... siapa-siapa yang nak tahu boleh la tengok kat laman web yang sy sertakan ni ye....semuanya dari laman web / blog orang-orang yang profesional.... terbaik punya...hihi..(>_<)


Strawberry short cake

untuk tutorialnya pulak ada kat laman yang ni
penerangannya jelas, senang nak faham.... ada juga tutorial untuk buat strawberry yang dah dipotong tu....



Felt rainbow birthday cake
masa  buat rainbow cake sy tu, sy tak jumpa pulak tutorial yang ini... yang ini lagi senang nak buat...semua tindih dengan mesin jahit.....belang pelanginya guna reben...nampak lebih kemas kan.....cantiknyaaaa...geram tengok...hihi..
penerangan dalam tutorialnya pun jelas.....satu-satu dia terangkan...








ini pulak tutorial untuk buat sanwich biscuits dan iced gems (ala biskut yang ada gula kat atasnya tu, gambar sebelah tu... masa kecil sy suka makan biskut ni... ^_^ )

kalau dah buka laman web yang kat atas ni, kita boleh tengok macam-macam tutorial yang lain lagi... seronok tengok.. 

lagi cara tutorial felt cake.



template yang ada kat post sy yang lepas tu, untuk buat kek ini la.... elok aje orang ni buat..sy buat habis kembang giler...hahaha...








laman web ni ajar buat kek yang besar dan bertingkat-tingkat dan cara-cara buat decoration cake..... 


sy ada jumpa satu blog yang ada tunjuk tutorial felt cake, yang ni ada masukkan kertas tebal dalam felt kek, jadi keknya terbentuk cantik aje...macam bentuk kek betul la pulak... tapi sy lupa nak copy web addressnya... cari balik tak jumpa-jumpa...eeeeee geram toi.... tak de rezeki nak dikongsikan bersama...



ok lah ini aje la yang dapat sy kongsikan buat masa ini.....
tata....titi... tutu.... ^_^



CITER HINDUSTAN...CHENNAI EXPRESS...




Dah  agak lama sy tak menonton filem hindustan yang baru (walaupun tak la baru sangat..hohoho...)..... dua tiga hari lepas terjumpa hindi full movie kat youtube.... kena pulak dengan hero dia... apa lagi terus sy menonton... takut lain kali cari balik tak jumpa pulak.... dan memang terbukti pun, hari ni sy cari balik filem ni kat youtube tapi dah tak ada...yang ada tulisan ni aje la dengan muka kotak merah tu.... 


"Chennai Express Full Movie ..." This video is no longer available due to a copyright claim by Disney.


nasib baik dah tengok, walaupun tak boleh ulang tengok lagi...huhuhu......



CHENNAI EXPRESS

hero filem ni SRK / Shah Rukh Khan, my favorite hero....bergandingan dengan Deepika Padukone...
deme ni pernah berlakon bersama dalam filem 'OM SHANTI OM',
 gandingan yang mantap...ternyata berbaloi...best, kelakar, ala filem tamil.......sesuai untuk tontonan satu family...


meh tengok trailer ni dulu..


layan lagu-lagu dari filem ni

chennai-ai-ai-ai-ai-ai-ai chennai express....
get on the train baby......

1234 get on the dance floor


kashmir main tu kanyakumari

titli

lungi dance "the thalaiva"


sinopsis secara ringkas.tapi panjang berjela la pulak...hihi

Rahul (Shah Rukh Khan), seorang lelaki bujang yang berumur 40 tahun dan tinggal di Mumbai. Rahul dibesarkan oleh datuk dan neneknya. datuknya mempunyai kedai manisan ~TT Mithaiwala.... malam ulang tahun datuknya yang ke 100, datuknya telah meninggal dunia semasa menonton perlawanan kriket. nenek Rahul memintanya pergi ke suatu tempat untuk menguruskan abu datuknya, mengikut amanat datuknya..Rahul berat hati untuk memenuhi permintaan itu, sebab Rahul mahu bercuti ke Goa dengan dua sahabatnya... Rahul telah membuat perancangan untuk membuang abu datuknya di Goa saja. tetapi neneknya mahu melihat Rahul bertolak.. Rahul terpaksa mengubah rancangannya dengan menaiki Chennai Express dan bertemu sahabatnya di stesen keretapi yang berikutnya...

ketika turun di stesen yang dijanjikan, Rahul terlupa mengambil abu datuknya. Rahuk pergi mengambil abu datuknya, keretapi sudah mula bergerak.. semasa Rahul melangkah keluar dari keretapi itu, Rahul ternampak seorang gadis sedang berlari untuk menaiki keretapi itu. Rahul pun membantu gadis itu. Rahul juga membantu 4 orang pemuda yang turut berlari untuk menaiki keretapi itu dan akhirnya dia terlepas peluang untuk turun dari keretapi itu.....


Rahul cuba mengurat gadis itu kerana menyangkakan gadis itu tidak tahu bahasa hindi. Rahul pun menyanyi lagu hindi tetapi dia terkejut bila gadis itu mula menyanyikan lagu dari filem hindi yang ditukar senikatanya, supaya orang lain tidak faham. keadaan bertukar menjadi amat panik.



Rahul akhirnya mengetahui bahawa gadis itu,  yang bernama Meenalochni Azhagu sundaram A.K.A Meenamma (Deepika Padukone)adalah anak kepada seorang yang sangat dihormati dan terkenal (senang cakap , ayah Meenamma ni seorang DON / gangster / mafia.... Meenamma sedang cuba melarikan diri dari perkahwinan paksa yang diatur oleh ayahnya.. dan 4 orang pemuda yang dibantu sebelum ini adalah orang-orang kepada ayah meenamma..secara automatiknya Rahul terpaksa mengikut Meenamma pulang ke kampung asal Meenamma untuk menemui ayah Meenamma..

Meenamma memperkenalkan Rahul sebagai kekasihnya. Tangaballi A.K.A bakal suami Meenamma(Nikitin Dheer) telah mencabar Rahul untuk bertarung.. Rahul yang tidak memahami bahasa yang digunakan oleh tangaballi telah menerima cabaran itu.. pada malam pertarungan Rahul telah melarikan diri dengan bantuan seorang polis, tetapi dia dikembalikan ke kampung Meenamma balik... sekali lagi Rahul melarikan diri dan membawa Meenamma sebagai tebusan. jip rosak, mereka bergaduh, berpisah dan kembali bersama..

mereka tiba di sebuah kampung. Meenamma mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang kahwin lari memerlukan perlindungan..Rahul dan Meenamma jatuh cinta. mereka ditangkap oleh Tangaballi. mereka terkejut kerana Tangaballi faham bahasa hindi..penduduk kampung membantu mereka melarikan diri.. mereka pergi melaksanakan amanat datuk Rahul..


Rahul membawa Meenamma kembali kepada ayahnya dan menyatakan yang dia mencintai Meenamma..Tangaballi dan Rahul bertarung... siapa akan menang????? 

sampai sini aje la sinopsisnya..citer hindustan, macam biasa la kan.... hero kalah dulu... pastu cinta mesti menang punyalah.... 



'Don't underestimate the power of a common man'
'Miss Subtitle'
'Sweet Seller'


pada pendapat sy citer ni best, kelakar.....memang tak rugi la tengok citer ni...

 scene yang sambut tangan ni buat sy teringat kat filem Dilwale Dulhania Le Janyenge (citer hindi yang paling sy suka).. Shah Rukh Khan dan Kajol.. tapi dalam filem ni, scene tu jadi kelakar sangat.. hihihi...



jom tengok the making of Chennai Express... boleh tahan ganas jugak ye, si manis Deepika Padukone..



ok tu je untuk kali ini...(^_^)
tata....titi....tutu.....

Friday 29 November 2013

HASIL KERJATANGAN SAYA ~FELT CRAFT...PART9

hehehe... kali ni sy nak kongsikan gambar felt cake....
tapi kek sy nie dah terlebih gebu.....hehehe.... kembang sangat...

dah lama dah sy download template felt kek nie...
tapi tak ada masa nak buat...
sekarang nie tengah ada masa, sebelum sy mula dengan projek untuk cuti sekolah yang dah pun bermula (emm....ada sebulan lagi sebelum buka sekolah..)
jadi pembuatan kek pun dimulai.....

 template tu untuk buat chocolate strawberry cake....
tapi kain felt warna coklat sy dah habis pulak.... 
jadi sy ubah la sikit (bukan sikit kot, banyak rasanya).....
sy nak guna template tu untuk buat rainbow cake....
sebab hari tu ada tengok pic rainbow cake tu kat satu majalah masa tunggu kereta di servis.....
 tapiiiiiiiii......hehehe....
kain felt warna putih sy tu tak cukup pulak..tinggal sikit sangat...
lagipun putih kan cepat nampak kotor....
jadi sy gunakan kain felt warna pink la untuk buat felt kek sy nie....
nama kek tu pun kenalah tukar, bukan lagi  chocolate strawberry cake tapi strawberry rainbow cake....
emmmm!!! akhirnya inilah hasilnya....... 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

hehehe.... kebetulan ada pulak bunga orkid ni, jadi sy snap aje la... cantik jugak kan.....
kembang kan....kan...
hahaha.... teringat pulak pepatah lama...
'bagaimana acuan, begitulah kuihnya'.....
hehehe...... dah kena sangatla tu.....





Ni pic rainbow cake yang sy snap pic nya dari majalah...
majalah apa sy pun dah tak ingat.. warna-warni kan, budak-budak mesti suka ye tak??.....
cadangnya nak buat macam tu le.. tapi sy kekurangan bahan...


strawberry rainbow cake nie sy buat, memang special untuk anak dara sy nie, syifa @ nana.... tengok betapa gembira dan tak sabarnya budak kecik nie nak main kek tu....
tak sempat sy nak buat hiasan pada kek tu...






inilah template felt cake yang sy dapat kat google image

selamat mencuba pada yang teringin nak buat sendiri.....senang je..nak buat pun tak makan masa yang lama, pendek kata kejap je dah siap.....
ok... tata..titi...tutu....


Friday 15 November 2013

FILEM SERAM- THE CONJURING....



Dah lama sebenarnya sy tak menonton filem seram / horror nie...Filem hantu yang paling akhir sy tonton dulu adalah filem 'Kuntilanak', tahun bila ye?? 2006 /2007 cam tu la...dah tak ingat.. tapi yang sy masih ingat sampai sekarang adalah dialog nie "Kalau suara kuntilanak itu dekat artinya dia jauh dari kita, tapi kalau suaranya semakin jauh terdengar itu artinya dia dekaaaaat padamuuu"  

Hari ahad yang lepas adik sy bersungguh-sungguh mahu sy menonton satu filem seram nie... sy nie bukannya berani sangat tengok filem2 seram nie.. takut terbayang-bayang... tapi adik sy nie kata filem yang nie tak seram...biasa-biasa je... jadi sy pun gagahkan diri untuk menonton... mula-mula dia suruh  tengok  filem yang bertajuk 'INSIDIOUS'... Tak seram sangatlah, boleh la.. hantu dia macam orang je....(dah keluar filem 'INSIDIOUS 2', saya baru tengok 'INSIDIOUS'.... hehehe.... ketinggalan betul....)

Tapi yang sy nak cerita nie pulak bertajuk 'THE CONJURING'... kisah benar yang difilemkan....


'THE CONJURING'
sedikit sinopsis cerita ni.. ikut apa yang faham le ye....

Cerita nie berkisar tentang Roger dan isterinya, Carolyn yang berpindah masuk ke sebuah rumah lama yang baru dibeli.. Mereka mempunyai 5 orang anak perempuan... Andrea, Nancy, Christine, Cindy dan April.....betapa gembiranya mereka berpindah ke rumah yang lebih besar dan mempunyai bilik yang banyak... tapi kegembiraan mereka tak lama....


Bermula dengan anjing yang tak berhenti menyalak dan enggan masuk ke rumah..... anjing itu mati pada keesokan harinya.... Carolyn menyedari kesemua jam di rumahnya terhenti pada jam 3:07.... juga terdapat tanda lebam pada tubuh Carolyn...

Banyak kejadian aneh berlaku.... anak yang kecil mempunyai kawan ghaib, bernama Rory yang hanya boleh dilihat melalui kotak muzik yang terdapat di rumah itu... Cindy berjalan semasa tidur (sleep walker) dan melagakan kepala pada almari yang sedia ada di rumah itu....beberapa kali Cristine terjaga dari tidur kerana kakinya disentap.... Gangguan yang mereka alami semakin menakutkan...



Carolyn meminta bantuan Ed dan Lorraine Warren kerana tak sanggup melihat anak-anaknya ketakutan.... Ed dan Lorraine Warren ni merupakan sepasang suami isteri yang banyak menyelesaikan kes-kes paranormal....Kali pertama menjejakkan kaki ke rumah itu Lorraine dapat merasakan dan melihat kewujudan roh jahat / hantu / bayangan hitam....



Lorraine menyiasat mengenai sejarah rumah itu dan menemui punca mengapa penghuni rumah itu dihantui.....Rumah dan tanah itu pada asalnya milik Bathseba yang mengamalkan ilmu hitam.... Bathseba membunuh anaknya dan menggantung dirinya pada pokok di depan rumah itu...Sebelum mati Bathseba bersumpah untuk mengutuk / menghantui sesiapa saja yang mengusik rumah dan tanahnya .....

Sebelum Roger dan Carolyn, terdapat pasangan lain yang pernah tinggal di rumah itu...anak kepada pasangan itu bernama Rory... Rory dikatakan telah hilang secara misteri....

Terjumpanya ruang rahsia disebalik almari yang ada di rumah itu....terbongkarlah rahsia yang mana Bathseba akan merasuk setiap ibu yang mendiami rumahnya itu untuk membunuh anak-anak mereka...Setelah mengetahui tujuan Bathseba  itu, mereka  sepakat untuk keluar dari rumah itu dan tinggal di motel berhampiran....




Bathseba juga turut mengganggu anak Lorraine yang ditinggalkan di rumah Lorraine bersama ibu Lorraine...




Tidak terkecuali, Carolyn juga turut dirasuk untuk membunuh anak-anaknya.... Dari motel, Carolyn telah membawa 2 daripada 5 anaknya itu kembali ke rumah Bathseba....Apabila Roger, Lorraine, Ed dan pembantunya sampai....Carolyn sedang cuba membunuh Christine di ruang bawah tanah......manakala April tidak ditemui.....



Bathseba tidak mengizinkan mereka membawa Carolyn keluar dari rumah itu.... 




Ed dan Lorraine mesti memulihkan dan menyelamatkan Carolyn di dalam rumah itu sahaja.... tanpa membawa Carolyn kepada paderi atau membawa paderi kesitu........


April dijumpai di bawah lantai dapur rumah itu....... Apabila Carolyn tahu , dia serta merta pergi mendapatkan anaknya itu dengan membawa sebilah gunting......



Ok tu aje sinopsisnya..... nak tau ending nya kenalah tengok sendiri.....

Meh... tengok trailer the conjuring ni dulu..... 








Pada sy filem ni sangat mendebarkan....meremang satu badan.. seram.... Dari lima bintang, sy bagi 4 1/2 bintang untuk cerita ni... Nasib baik sy tak teringat-ingat sangat / terbayang-bayangkan cerita ni selepas menonton hari tu..... Cuma anak sy yang kedua tu je la demam sekejap.... petang tengok cerita ni, malam dah panas badan dia.... hehehe... dia aje la yang sudi menemankan sy waktu menonton filem ni.... suami dan anak sulung sy tu tak berminat dengan filem seram..... masa mula-mula menonton anak sy ni sibuk bertanya kenapa??..mengapa??.. bagaimana??....sebab apa??...macam-macamlah soalan yang berkaitan dengan cerita ni.... lama-lama dia diam je.... bila tanya dah seram ke? "belum lagi, tak seramlah..biasa aje la"...alih-alih malamnya dah demam...hihihi...

secara jujurnya sy tak menonton filem ni secara direct atau terus menonton dari mula hingga ke ending nya.... takut...tengok sy sikit tapi dah rasa seram...hantu dia belum keluar lagi..... sy tepon adik sy tanya bila dan di mana hantu tu akan keluar???....sy sambung balik????....tak.. sy tengok lawak ke der 2 dulu....pastu baru sambung balik sampai ending..... filem ni memang best walaupun seram....

sy rasa pelakon yang meninggalkan kesan pada sy adalah watak Carolyn, yang mana dilakonkan oleh Lilli Taylor... nampak real betul lakonannya....sy tak kata pelakon lain tak hebat...cuma sy rasa  watak carolyn ni lebih menonjol pada pandangan sy...





 Masa Carolyn  dengan April nak main 'Hide and Clap' tu...sy dah jangka dah, mesti hantu tu yang akan clap / tepuk tangan....hahaha.... dah jangka, bila jadi betul terkejut juga....haha..



tiba-tiba ada suara yang mengajak Carolyn bermain 'Hide and Clap'.. 
"hey, want a play Hide and Clap" 
terus ada tangan bertepuk di belakang Carolyn....terkejut tau.....










Boleh dikatakan kerana gambar inilah Carolyn berjaya melawan dari dalam dirinya..... Lorraine mengingatkan Carolyn tentang hari yang tak akan Carolyn lupakan....betapa sayangnya Carolyn pada anak-anak dan keluarganya..... kenangan bahagia mereka sekeluarga pada hari tertangkapnya gambar ini....THE GOOD DAY....








 Inilah 'THE WARREN, Ed dan Lorraine Warren yang sebenar......dalam filem watak mereka berdua dilakonkan oleh Patrick Wilson dan Vera Farmiga.....



Ini pulak anak-anak Roger dan Carolyn yang sebenar bersama pelakon-pelakon yang melakonkan watak mereka iaitu Andrea, Nancy, Christine, Cindy dan April.....Orang yang sebenarnya tu dah tua dah, lama betul mereka ambil masa untuk filemkan kisah mereka ini..... kalau ditengok betul-betul macam ada iras-iras je pelakon dengan orang yang sebenar tu, kan...kan...kan....

so selamat menonton pada yang belum menonton.... tak la seram giler...hehehe...kalau seram giler sy tak akan habis menontonnya.... sy dah pun menonton 3 kali.....best..