Sunday, 15 July 2012

Novel yg baru sy baca...............1. Sebenarnya, Saya Isteri Dia~ Zura Asyfar.....2. Suami Aku Ustaz~ Hannah Dhaniyah...


Novel-novel nie saya baca melalui www.penulisan2u.my, dapat lah baca beberapa bab.....menarik !!!


Disebabkan tak puas baca kat penulisan2u dan excited nak tau ending nye, so saya beli 2 novel nie....( Saya kirim kat my S.I.L, Kak Mimie…hEhEhE )

Sebenarnya, Saya Isteri Dia ! dan Suami Aku Ustaz....





Sebenarnya, Saya Isteri Dia ! 



Karya Zura Asyfar

Terbitan Karya Seni

Harga RM 30.00



"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."






Sinopsis yang terdapat dibelakang novel

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

“Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau.”
-Firash Arshad.

“Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku.”
-Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku dihati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syafa adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

“ Siapa nak tidur atas riba awak ? Please lah ! Tak ingin pun !”
-Syafa Aqira.

“ Betul ke tak ingin ? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak lupa kut?" 


-Firash Arshad.




Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu?

Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash ?

Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka ?




Suami Aku Ustaz

Karya Hannah Dhaniyah
Terbitan Karya Seni
Harga RM 22.00

"Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila !-Alisa-"


Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
 


  Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat ?



“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”



Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatnya mengikut kata mereka.



Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia ?


 “Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak ? Aduh ! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”


Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup bersama Hafiz yang hidupnya skema ? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar ?



“ Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”



Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik.

Akan wujudkah cinta buat si suami ?

Dan bertahankah jodoh mereka berdua ?
Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian ?




<3 <3 <3 
Kedua-dua novel nie tersenarai dalam
20 Novel Terlaris Carta Popular 
(  Julai 2012 )


dan juga..........


Keratan Akhbar Berita Harian
Top 5 Carta Bestseller Novel di MPH
( Mei 2012 )








maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)