Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday 9 October 2012

Novel AWAK SUKA SAYA TAK?






Awak Suka Saya Tak?
Karya Melur Jelita
Terbitan Karya Seni
Harga RM35.00
Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.


SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Kisah kasih sayang
di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali islam lebih mencintai islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
“Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini……” Hilman Yong.

“Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha…….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From you eyes…..your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong.

“Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersentuhan, saling bercium…..tetapi hanya dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan…….walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha.


 Double thumb up n 5 star untuk Novel AWAK SUKA SAYA TAK?


[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]
Yang menarik dr novel nie
Menurut penulis, Melur Jelita kita tak akan jumpa ayat2 romantik @ ayat2 'tangkap lentok' dalam novel AWAK SUKA SAYA TAK? nie.......
Ye ke????? 
Bagi sy, ada banyak ayat2 romantik dalam novel nie....
Beliau juga tidak berani mengklasifikasikan novel ini sebagai novel islamik......tp bagi sy novel ini terdapat banyak ilmu2 berkaitan islam.....
Kebiasaannya sy mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sebuah novel yang tebal (lebih dari 1000 muka surat).... Tetapi untuk novel nie sy hanya mengambil masa 3 hari dan 65 minit.....hEhEhE.....Excited sangat....sy akan cepat2 wat semua kerja rumah dan kembali membaca.....baca.....baca....baca......baca.......sampai habis.....
and happy ending......(n_n) 







Nie gambaran watak Hilman Yong dan Intan Zulaikha....





Dhun tara, Dhun tara, Dhun tara, Dhun tara
Dhun tara dhum tara dhum-ma
Dhun tara, Dhun tara, Dhun tara, Dhun tara
Dhun tara dhum tara dhum-ma
Dhun tara dhum tara hum!!!!!!!


hEhEhE.....tengok Amrita Aorora, aktres yang mula2 muncul di awal lagu nie...cara dia berjalan....hEhEhE....macam tu la Hilman Yong gambarkan cara Intan Zulaikha berjalan...hEhEhE....libas semua orang kiri kanan.....hAhAhA....(kat m/surat 829)

Pada yang nak baca sebahagian dari novel nie, boleh la lawati laman penulis novel nie
Lagu2 yang disebut dalam novel nie…..

hEhEhE....jadi kebiasaan saya untuk cari lagu2 yang tercatat dalam setiap novel yang saya baca......untuk apa??? tak tau le, mungkin untuk lebih menjiwai novel tersebut lagipun saya nie jarang on radio....jadi tak tau sangat pasal lagu2 yang terkini @ hit ni...



Nilai cinta mu....


I see you....ost Avatar 

Kuch Kuch Hota Hai...........

Back for good~ Take That

Muqabala....Prabu Deva.

Aku bukanlah Superman~The Lucky Laki


I Hope ~FT Island

Sedetik Lebih~ Anuar Zain

The Lazy song~ Bruno Mars

Mata ke mata.....ke hati
hati ke hati
hati-hati 
bibir ke bibir
bicara janji
janji ka janji.........
Bawa Aku Terbang~ The Faboluous Cat

Not Alone ~ Park Jung Min
Lagu best.....sy suka <3...







Good bye my love by Teresa teng
wo ti ai ni cai cien......
Sedap lagu nie....dengar banyak kali pun tak jemu.lembut aje....walaupun tak faham kecuali 'ai'....hEhEhE


Okay, tu dia lagu yang ada disebutkan dalam novel nie.....ada la beberapa lagu yang sy tak tau apa tajuknya.....lagu tu pernah dengar tapi tak tau tajuknya....jadi tak boleh la nak uploadkan kat cini....~_~

Lai2 Belajar Bahasa Cina
Wo dui bu qi ~ Saya minta maaf
Wo yuangliang ni ~ Saya maafkan awak
Ni xihuan wo ma? ~ Awak suka saya tak?
Wo xihuan ni ~ Saya suka awak
Wo hen xihuan ni ~ Saya sangat suka awak
Wo xiang nian ni ~ Saya rindukan awak






 thAnk yOU kak mimiE sebab bagi sy rasmikan novel yang baru kak mimiE beli nie ......bEst giLEr......










maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)


Monday 8 October 2012

Novel Lebih Kurang ~ Qaseh Qaisara, Kau Aku dan kita~ Orkid Edyliyne & Maafkan Abang ~ Eyla Hime






Lebih Kurang

Karya Qaseh Qaisara

Terbitan Fajar Pakeer
Harga RM 17.00
Bila masa saya suka awak ?
Tak suka, tak nak kawan awak !
Tapi bila awak jauh,
Saya rindu awak…..


Sinopsis yang terdapat dibelakang novel

“ Hidup siapa lagi orang nak susahkan kalau bukan hidup isteri orang….”

Mereka tinggal di rumah yang sama dan belajar di kolej yang sama. Namun kepala tak pernah sama. Zackhwan suka benar mencari pasal, Azrina pula mangsa utama.

“ Kita dah jadi pasangan suami isteri di alam facebook, jadi tak ada alasan untuk orang ceraikan awak. Orang betul sayangkan awak. Sayang sangat-sangat !”

Setiap kali terkena, Azrina hanya bersabar dan terus bersabar bersama perasaan benci yang membuak. Dia akan bertahan selagi boleh. Dari ke sehari, Azrina dapat menerima si wayar putus dengan perasaan senang. Tahulah Azrina, Zackhwan itu tidaklah senakal mana, hanya perangai semula jadinya yang suka melihat Azrina marah-marah. Comel sangat, kata Zackhwan.

Zackhwan pula sebenarnya bukan niat hendak mengena. Mungkin itulah caranya dia meluahkan kasih sayang terhadap Azrina. Kasih sayang yang berputik sejak mereka pernah bermain layang-layang bersama di zaman kanak-kanak. Semua kasih sayang itu Zackhwan simpan agar suatu hari menjadi kenyataan.

Namun cinta mereka hanya di alam kolej sajakah ?
Atau hingga ke akhirnya mereka akan bersama ?







Kau, Aku Kita
Karya Orkid Edyliyne

Terbitan Fajar Pakeer

Harga RM 17.00

“Tak pernah berlaku
macam ni. Pengantin lelaki
dengan pengantin perempuan,
dua-dua nama sama, Iman Firdaus.”

Sinopsis yang terdapat dibelakang novel


"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?" 

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri. 

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?  







Maafkan Abang




Karya Eyla Hime
Terbitan Fajar Pakeer
Harga RM 22.00

Cinta tidak selalu

bersama jodoh.
Namun jodoh akan
sentiasa kekal
bersama cinta.


Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
Tengku Ariff Hazimi, lelaki yang telah berjaya menambat hati Atikah Hatrisya dalam diam. Namun, rasa itu sedikit pun tidak pernah diakui oleh Hatrisya. Bagi Hatrisya, rasa itu hanya rasa senang yang timbul terhadap Hazimi. Tidak lebih daripada itu. Tapi, Hatrisya lupa, dia bukan siapa-siapa yang boleh tentukan rasa itu apa. Ada yang lebih arif dalam segala hal. Dan saat Hatrisya menyedarinya, dia tahu ada kekurangan pada dirinya untuk digandingkan dengan Hazimi. Keputusan menjauhkan diri diambil Hatrisya, membuatkan Hazimi tertanya sendiri.

Jodoh. Biar sejauh mana menghindar, biar hati sudah diberikan kepada yang lain, jodoh tetap jodoh. Hatrisya dan Hazimi dipertemukan. Peluang ini diambil Hazimi untuk kembali rapat dengan Hatrisya. Namun, saat hubungan kembali pulih, ada satu perkara menimpa mereka berdua. Dan niat Hazimi untuk menjernihkan lagi perhubungan, telah menjadi api kebencian.

“Kenapa kau tak mampus aje dari dunia ni? Patutnya kau pergi jahanam sekali dengan ibu bapa kau masa kau sekolah dulu! Kaulah yang bawak sial kat dalam keluarga kami!”

Hatrisya mula membulatkan keputusan. Keputusan yang akan menentukan hala tujunya dan Hazimi. Dan tika ini, Hazimi mula sedar akan sesuatu. Hazimi mula mengejar bayang Hatrisya. Namun, dibiar sepi oleh Hatrisya.

Mampukah Hatrisya terus menidakkan perasaan yang dirasanya? Kejadian apa yang membuatkan Hazimi membenci Hatrisya? Mampukah Hatrisya menjayakan keputusan yang telah diambil? Berjayakah Hazimi melembutkan kembali hati Hatrisya? Apakah dengan kata maaf, keadaan akan kembali seperti sediakala?












maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)