Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday 6 September 2012

Lagi Novel & Airmata ........





Inilah dear penulis yang berbakat besar, 
Siti Romizah.......
Double thumb up & 5star

Novel2 Siti Romizah
Ade 5buah kesemuanya 
(Kome dah baca ke????)       

1.      Andai Itu Takdirnya
2.      Cinta Kau Dan Aku
3.      Lafazkan Kalimah Cintamu
4.      7 Hari Mencintaiku
5.      Takdir Itu Milik Aku…

                                    
Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian kategori fiksyen 2009
Andai itu takdirnya ~tempat pertama

Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian kategori fiksyen 2010
Cinta Kau dan Aku ~tempat kedua

Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian kategori fiksyen 2012
7 Hari Menyintaiku ~ tempat kedua.




Sebelum mula membaca novel2 nie, sediakanlah tisu atau sapu 
tangan…..





Takdir Itu Milik Aku

Karya Siti Romizah
Terbitan SR Publication

Harga RM 33.90


Perlukah kau bertanya tentang hatiku

Sedangkan sejak itu kau telah tahu

Betapa ku kecewa oleh perbuatan

Yang tiba di luar jangkaan…..


Ku rela diriku begini

Seperti karang di samudera sepi

Terluka atau mungkin melukai

Suratan menentukan insani…..


Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.


Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.


Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif itu. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.


Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahupun simpati,hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mertuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?


“Kau bukak mata kau  besar-besar ! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni!  Anak ni lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tahu tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! benci! benci!!!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.


Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadap suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang telah ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki itu, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.


Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah airmata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!






7 hari mencintaiku

Karya Siti Romizah

Terbitan SR Publication

Harga RM 32.90

Silap aku juga kerna jatuh cinta
Insan sepertimu, Seanggun bidadari
Seharusnya aku, Cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka
Untuk mengintaimu....


Sinopsis

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namu7n sikap angkuh dan sombong gadis itu menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.







Lafazkan Kalimah Cintamu

Karya Siti Romizah

Terbitan SR Publication

Harga RM 26.90
Besar kesalahanku 

Besar lagi keegoanmu

Berkali ku beri alasan

Berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalahkan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh 
Perbuatanmu

Sinopsis yang terdapat dibelakang novel

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. 

Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya?
 Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? 
Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?






Cinta Kau Dan Aku

Karya Siti Romizah

Terbitan Buku Prima

Harga RM 19.90
'Hanya dirimu yang bisa membawa syurga
dalam hatiku.........
Tanpa dirimu kuhanya manusia
tanpa cinta.

Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.


"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.


"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."


Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. 

Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? 
Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?







Andai Itu Takdirnya

Karya Siti Romizah

Terbitan Buku Prima 
Harga RM 19.90
Cintamu sesegar enbum nan pagi

Semakin resah menanti terbit mentari

Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan


Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
Jangan salah faham  Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.”

Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami disisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”   

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”







maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)


No comments:

Post a Comment