Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday 5 June 2014

KEK COKLAT KUKUS



Ini dia kek coklat kukus, resepi yang baru saya cuba buat minggu lepas....
resepi ni dah lama saya print, tapi tak pernah buat lagi... dari blog mana saya print pun, saya dah lupa (sorry sesangat pada pemilik asal resepi ni ye)... masa kemas2 almari semalam, saya terjumpa.... emmm..rasa nak buat... tengok kat dapur bahan2 untuk buat kek ni ada belaka.... hehehe...

apalagi projek pun bermulaaaa......dengan bantuan anak teruna saya yang sulung, kek ni siap lebih awal.... thank u abang izz....


 
atas kek ni merekah sikit.... mula la sy tertanya-rtanya, kenapa agaknya ye??? lepas tu sy terjumpa group resepi ringkas di fb.... sy tanyakan masalah sy ni, komen yang sy dapat, api kuat sangat sewaktu mengukus kek.... tapi sy berasa musykil la pulak... sy masak kek marble pun guna kadar api yang sama, tapi tak merekah.... emm.... apa silapnya.... semalam sy ada baca komen yang sama macam sy ni di group yang sama... ada komen / pendapat mengatakan terlebih letak soda bikarbonat kot... mungkin juga betul kot, sebab sy buat kek coklat je yang letak soda bikarbonat ni... kek minyak ngan kek marble tak ada soda bkarbonat.... dan tak merekah.... lain kali sy nak bagi sikit aje soda bikarbonat ni... nak tengok merekah ke tidak??? 

kat atas kek ni abang izz ada minta saya taburkan coklat rice... saya pun tabur la... lepas tu baru saya teringat... kek ni nak dikukus, jadi coklat rice akan cair la kan... hurmmmm... dah lupa nak buat macam mana kan... patutnya saya tabur waktu dah siap kukus...  


macam potongan belacan je..... hehehe... 
sebenarnya saya dah buat rekod untuk diri saya sendiri... 
saya dah bakar dan kukus 2 jenis kek dalam satu hari...huhihuhi.... 
satunya kek coklat ni, dan yang kedua saya bakar kek marble dolu2.... sebabnya suami saya tak suka kek coklat, jadi saya bakarkan kek marble.. 
dah alang2 ada pembantu yang terbaik.. 
jadi proses membuat kek ni sangat lancar....  


ni gambar kek marble dolu2 tu...

kali ni saya guna warna merah, hijua, kuning dan coklat.....
makin lama, makin seronok saya rasa.... mewarnakan kek marble ni....

sebelum saya lupa, ni resepi kek coklat kukus...


bahan2 (untuk sebiji kek)

·      3 biji telur

·      1 1/3 cawan gula

·      1/2 cawan susu cair

·      1/2 cawan minyak masak (sebaiknya minyak jagung)

·      1 cawan air sejuk (beku tempat ais)

·      1 sudu teh perasa vanila

·      1 1/3 cawan tepung gandum

·      1 cawan serbuk koko

·      1 sudu teh baking powder

·      1 sudu teh soda bikarbonat


cara2 menyediakannya.

1.     Sediakan kukusan dan jerangkan.

2.     Sekalikan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dan ayak bersama.
3.     ketepikan.

4.     Di bekas yang lain, pukul telur hingga kembang.

5.     Masukkan gula dan pukul lagi.

6.     Masukkan minyak dan susu. Pukul sebati.
7.     Masukkan air sejuk, perasa vanila dan pukul rata.

8.     Masukkan pula bahan yang diayak bersama tadi, sedikit demi sedikit sampai habis.

9.     Tuang adunan ke dalam loyang dan bolehlah di kukus dalam 30 ke 45 minit....





 p/s secara jujurnya kek coklat ni ada rasa pahit sikit.... sikit je... saya tak tahu le kenapa.... hurmmm.. nampaknya saya kena cari resepi kek coklat yang lain, sebab yang ni tak berapa menepati selera saya.... tapi abang izz tu makan sampai habis... hehehe.... dia kata sedap, pahit tu tak apa, sikit je.. tak terasa sangat.... apa-apa pun dia memang minat sangat kek coklat ni.... semua kek coklat yang dia pernah makan, dia kata sedap..... ye la kan selera orang tu lain-lain..... 

Ok, selamat mencuba......
jangan lupa 'practise make perfect'...

(^_<)





Tuesday 20 May 2014

NOVEL CIK ABANGKU ROMANTIK dan NOVEL JANGAN GANGGU LENAKU



Hai.....tengok 2 buah novel ni macam best je kan.... Encik Abangku Romantik dan Jangan Ganggu lenaku....tapi memang best pun, tak rugi la baca.... hehehe... nak kata tak rugi beli, tak boleh la pulak....hehehe...sebab saya pun tak beli novel ni... saya pinjam dari adik saya, Pn Nur Hanis... dah alang-alang adik saya beli, jadi saya pinjam aje la.... save budget sikit.... hehehe... apa-apa pun thank you, Anis. 'terima kaseh daun keladi, kalau ada novel lain bagi pinjamlah lagi.....' Ngahaha.. (^_<) kredit jugak untuk Anis, sebab tolong snapkan gambar novel ni....hehe... masa pinjam hari tu lupa pulak saya nak snap... (^_^)

Encik Abangku Romantik
Karya Elee Mardiana
Terbitan Alaf 21
Harga RM22.00

Kau kejar aku lari,
aku berhenti kau menyepi…….

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamour terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Dia ada alasannya sendiri.

Tetapi…… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walaupun Widelia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan……

Iqbal juga sukakan Widelia, tetapi simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang……. Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas….. gigit jari, baru padan muka!

Masalah sekarang…… Widelia tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tetapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula…… entahlah.

Widelia…. Apa sebenarnya yang kau mahu?


[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie
Selalunya kita dengar pasal orang lelaki kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada orang perempuan, tapi dalam novel ni terbalik la pulak...hehehe... si gadis kena bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan pada si teruna.... hahaha..memang kelakar...

pada sayalah novel memang cukup rasa... ada kelakar, ada sedih, ada romantik, ada unsur seram la jugak.... best...

Sedikit sedutan dari novel ni.........
"Grr..... grr......"
Widelia sudah hilang sabar. Dan rasa takutnya juga sudah hilang, berganti dengan rasa marah. Dia berpaling dan berdiri tegak, menanti zombie itu datang menghampirinya.
"Awak ni siapa, hah? Siapa?"
"Grr..... grr......"
"Apa grr..... grr...... ada kahak ke kat tekak tu?" 
"Grr..... grr......"
Zombie itu terus melangkah ke arah Widelia. Semakin lama zombie itu semakin  hampir dan apabila jari-jari zombie itu cuba menyentuh muka Widelia, gadis itu terus bertindak menghentak lututnya pada alat sulit zombie tersebut. Semerta zombie itu menjerit kesakitan dan rebah ke tanah, berguling ke kanan dan kekiri menahan kesakitan yang amat sangat. 
"Padan muka. Hilang terus grr..... grr...... kau ek?"
"Aduh, Wid..... sampai hati Wid hentak...... auu..... ya ALLAH... ya ALLAH..."
"Ya ALLAH, awak ke tu, Encik Haikal?"
Zombie itu mengangguk sambil mengerang kesakitan. Dia masih terbaring di atas tanah. Mukanya berkerut seribu. Air matanya merembes keluar. Sakit!!
 Widelia terus melutut di sisi Haikal.........

*itu makan dia..... hahaha.... sape suruh menyakat orang... memang kelakar scene yang ni....



Jangan Ganggu Lenaku
Karya Haiza Najwa
Terbitan  Alaf 21 Sdn.Bhd.
Harga RM22.00

Kusentuh cinta itu
saat mata terpejam,
namun sirna
sebaik aku terjaga.


SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
Jemu dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putus-putus dibisikkan ditelinganya.

Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimipinya.

Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?



[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie



Sedikit sedutan dari novel ni.........



tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan......... 
"Menyanyi malam-malam menghadap jendela terbuka macam tu tak ubah macam menghiburkan syaitan"
"kata orang dulu-dulu. bukak tingkap malam-malam macam tu, serupa saja macam menjemput masuk hantu jembalang!"
"Taut jendela tu Aty....."
'itu ke yang diperhatikan Aty, rumah puaka tu?'
'Hebat ke rumah kosong tu? sampai akupun dia tak peduli!'
"Kan mak kata tutup, Aty!"
'Aneh.......aku tercium bau bunga cempaka'
'juga bau bunga tanjung'
'benda tu marah aku tegur ke?'


p/s-hehehe..... rasa seram juga kan.... 


Ni antara watak-watak yg saya ingat lagi.....
Syarifah Atira Azlin
-agak keanak-anakan /lebih tepat kurang matang kot....kesan dari satu peristiwa menyayat hati yang berlaku dalam hidupnya dan usianya seakan terhenti pada masa itu, hanya fizikal sahaja yang berubah tapi mentalnya tetap kekal begitu...
-terlalu rindukan belaian kasih sayang.
Asfahul
-mengahwini Atira atas rasa mahu melindungi dan menunaikan amanah arwah ayah Atira...
-sering menafikan perasaannya pada Atira.

Emalin
-cinta hati Asfahul yang kejam pada Atira.
-Teratak Maya dan dirinya punya perkaitan..

TERATAK ASFALIN
- cantuman nama Asfahul dan Atira, tetapi Atira menyangkakan Asfalin adalah gabungan nama antara Asfahul dan kekasih hatinya, Emalin...

Malikus Saleh
-Penghulu bunian, yang merupakan dirinya seiras Asfahul.

Salehudin
-Anak yang dilahirkan oleh Atira di Puncak Haji dalam alam bunian....





maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)


Sunday 11 May 2014

NOVEL DEKATNYA CINTA..


DEKATNYA CINTA
Aisya Sofea
Terbitan ALAF 21 sdn.bhd.
Harga RM35.00

Berjanjilah.....akan kita belai cinta ini dengan penuh kejujuran

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Kata dan janji diulang-ulang. Ya! Tiada sesiapa lagi antara mereka yang akan ditinggal pergi.

Namun, kebahagian mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji?

Adam kecewa! Kenapa Ain permainkan kepercayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia! Ain sudah lupa dia adalah suami! Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Adam silap pandang. Adam lebih ego sebenarnya! Emosi suaminya mendahului akal. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.



[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie

(T_T) (>_<) (T_T)
“Saya dah tiada perasaan sayang pada dia”
“Saya dengan ini menceraikan Ain Hawani binti Mazlan dengan talak satu”


(^_^) (^_^) (^_^)
Abang, my love for you dies when the last petal of these roses fall. I love you, always will and always be -Ain

“Ain buat jiwa abang terusik dengan kata-kata tu. Itu kenangan lama kita berdua, kan? Abang yang titipkan ayat tu pada Ain dulu. Sekarang Ain pulangkan ayat tu pada abang pulak. Itu yang buat abang lagi susah nak lupakan Ain”


Sebelum ni Aisya Sofea ada buat sambungan cerita dari 5 novelnya yang lain.. Novel tu bertajuk BUATMU KEKASIH~ kesinambungan dari novel JAUH, JENDELA HATI, SEHANGAT ASMARA, GELORA JIWA dan KAU UNTUKKU. best sangat, seolah-olah watak-watak dalam novel tu hidup dan menjalani kehidupnya macam kita-kita ni....
masa tu ada juga terdetik dihati, kenapa adam dan hawa tak dibuat kesinambungannya??? kenapa ya???
tapi sekarang adam dan hawa telah pun ada novel kesinambungannya...
DEKATNYA CINTA A.K.A ADAM DAN HAWA 2...
Yeaaaah!!! memang terbaiklah..
double thumb up untuk penulisnya AISYA SOFEA.......


kulit novel ni keras, macam cover kamus dewan la pulak....hihihi....









maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)

Monday 27 January 2014

KEK MARBLE DOLU2




Hari ni saya nak kongsikan resepi kek Marble dolu2..... sy jumpa resepi ni kat My Resepi... nampak senang nak buat....sukatannya guna cawan (sy tak suka guna timbang gram tu leceh..)  kek ni kejap je dah siap.....
tapi resepi kek ni sy dah ubah suai sikit.... yelah, nak buat macammana... mixer sy tu dah lama rosak .... tiba2 terasa sangat nak bakar kek macam dulu2... jadi sy ubah suai resepi untuk memudahkan blender sy mengisar bahan2 untuk buat kek ni....

sy buat dua percubaan untuk buat kek ni... cubaan pertama mendapat komen, kurang manis dan warnanya pucat (kurang menarik)...
hurm.....tak pe2... 
sy cuba buat lagi, dan inilah hasilnya.....


seronok sangat...... komen yang diterima, sedap...lain kali boleh buat lagi.....buat masa raya pun ok ..... yes!!! berhasil.....alhamdulillah........



ok nie resepinya....

Bahan2
3 biji telur ( 4 biji kalau telur tu kecil )
1 cawan minyak / majerin
1 1/2 cawan gula (guna 1 cwn je pun ok)
1/2 cawan susu
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 sudu perasa vanilla
pewarna (merah, hijau dan kuning)

cara membuatnya
1.  blend minyak dan gula sampai kembang.
2. masukkan telur dan blend lagi, bagi lagi kembang.
3. masukkan perasa vanilla dan susu, blend lagi.
4. tuangkan adunan ke dalam bekas, dan masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder. kacau rata.
5. bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan aduanan tersebut dengan warna yang berlainan (merah, kuning dan hijau).
6. masukkan adunan tadi ke dalam loyang  secara berselang seli dan bakar.
7. panaskan oven selama 10 minit sebelum memasukkan adunan kek tadi.... 


makan panas2.....sedaaaappp....

ni kek marble pada cubaan pertama sy..... yang ni sy bagi milo, atas permintaan anak teruna sy tu...warna merahnya pucat kan.... sedih tau... 
tak puas hati.... sy buat lagi...

dengan ini terbuktilah PRACTICE MAKE PERFECT...
DI MANA ADA KEMAHUAN , DI SITU ADA JALAN......

hehehe.... sy ni pun nasib baik menjadi....hahaha..... ^_^