Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday 18 June 2013

NOVEL PELANGI CINTA UNTUK SUAMI~ACIK LANA



Novel yang sy nak kongsikan ni adalah karya Acik Lana.....
Acik Lana dah keluarkan banyak novel, tapi yang ni aje la yang sy jumpa....mesti novel dia lariskan... apa-apa pun yang ni memang best... berbaloi-baloi... hehe..memang tak rugi la beli...




Aku bukan mistress
Maaf jika aku tak sempurna
Kalau memang harus begitu 
Perempuan yang paling aku cinta
Pelangi cinta buat suami
Akadku yang terakhir
(gambar kat sebelah ni sy dapat kat google... koleksi novel Acik Lana)


PELANGI CINTA BUAT SUAMI

Karya Acik Lana

Terbitan Kaki Novel
Harga RM30.00

Percayalah kasih............
kesetiaan ini,
kesetiaan yang tak kau duga.


SINOPSIS YG TERDAPATDI BELAKANG KULIT NOVEL.

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina: Kerana sebuah dairi, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum, dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati. 
Tengku Qalif: Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun, Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuannya. Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.

Semakin jauh mengelak, semakin dekat dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk bernikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.

Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang.
Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun, kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya. Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?


[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie

sorry ek', cik penulis sy pinjam beberapa dialog.....
"Imanina!"
"Kenapa Tengku?"
"Kau ingat aku ni tunggul ke? Terpacak macam tiang nak tunggu kau? Pukul berapa nak balik ni?"
"Tunggu? Tengku tunggu Nina ke?"
"Cepat kemas barang kau, kita balik."
"Hah? Balik? Tapi Nina banyak kerja lagi ni,  baju Abang Amri tu nak kena alter. Kalau Nina tak buat, nanti....."
"Enough!"..."Kemas barang kau, kita balik sekarang jugak."
"Tapi Nina nak guna mesin jahit siapkan baju-baju tu dulu."
"Boleh tak kau jangan banyak bunyi? Cepat kemas barang kau!"
"Tengku"..."Kenapa Tengku tension-tension ni?"
"Nothing, get in the car."
"Eh. Jap-jap!"..."Boleh hantarkan Nina kat rumah umi? Nina nak tidur sana malam ni."
"Why?"
"Errr...Nina nak siapkan baju-baju ni semua. Rumah umi ada mesin jahit, Nina boleh buat kat sana aje nanti"..."Boleh ke tak ni?"
"No, tak boleh"
"Kenapa tak boleh pulak?" 
"Sekejap lagi aku belikan kau mesin jahit baru, kau jahitlah sampai lebam dekat rumah mama. Tak payah sibuk-sibuk nak balik rumah umi kau, nanti diorang mengata aku tak peduli pasal kau pulak."..."Boleh tak kau jangan nak berangan tengah-tengah panas macam ni?"
"Sorry, Tengku...... jangan marah, I love you!"




"Harn, have you ever tried sleeping with a broken heart?"
"Kau cakap apa ni?"
"You pernah rasa perasaan macam tu? Menangis sebelum tidur sebab perasaan you  sangat-sangat terluka?"
"Aku tak pernah ingat apa yang aku lalui dulu, jadi aku tak rasa aku ada perasaan tu."
"Lucky you,"....."Tapi I  lalui semua tu sepanjang hidup I  sejak I  berpisah dengan you. Dan I  boleh cakap yang sampai sekarang pun I  masih rasa semua tu."
"Harn, I really wish you know what I went through......"
"What?  Cara kau cakap tu macam kau menyalahkan aku."
"You build me up, then leave me dead."
"If it's really hard for you, then give up. Siapa suruh kau seksa diri kau sendiri?"
" I don't know what to do because each and everytime I turn around to leave, I feel my heart begin to bleed.... I just can't give up on you."....."You  jangan ambik hati dengan apa yang I  cakap ye?"
"I  love you a lot, but you're so far away."


bermula dengan insiden terambil dairi.... dan berakhir dengan dairi itu juga.....





maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)

Monday 17 June 2013

KEJUTAN YANG DITUNGGU-TUNGGU.....


MENARA CONDONG TELUK INTAN.

 Hehehehe...... 
tak sangka sungguh sy akan dapat novel lagi.... 
hahahaha........
seronoknya........
baiknya hati dia hari nie.....
(dia memang la baik hati sebenarnya, tp tak pernah sokong pun minat sy yang sangat-sangat cintakan novel....membazir duit katanya... hobi yang mahal...)
surprise yang sangat sy suka dan sangat ditunggu-tunggu....
akhirnya dapat lagi..
hooooreyyy!!!!!!....



My Precious Iris
 kat kedai buku tu hari nie tak ada novel keluaran KN atau Alaf 21.....
yang ada novel keluaran NB, Karnadya beberapa novel penulisan2u...
emmm..... tak ada langsung novel yang sy target nak beli....
 huhuhu.....sedeh....
tiba-tiba terpandang novel nie, MY PRECIOUS IRIS.... 
novel karya Melur Jelita...
tapi tak mungkinlah dia akan belikan ... yelah Rm35.00 tuuu...

betul la dia ni sukar diramal....
ALHAMDULILLAH
novel tu jadi milik sy juga akhirnya......





Thursday 13 June 2013

JOM MAIN KAD UNO.

Jom...jom......
Kali ni nak main kad Uno.....
Bukanlah first time sy nak main kad UNO nie.... dah banyak kali main...

Tapi setiap kali nak main, mesti sy lupa rules / peraturan dia....Jadi sy nak buat catatan untuk diri sendiri, kalau ada yang nak share pun boleh.... dialu-alukan....
hEhEhE...
Lepas nie tak de la sy dok meng'google' kat tenet aje setiap kali sy nak main.....
Inilah dia kad UNO...
Sebenarnya senang aje nak main kad UNO nie..  
siapa habis dulu kad dalam tangan kira menang....
cuma perlu sama warna ataupun sama nombornya....
Ada juga beberapa kad yang lain...

kad WILD~ boleh guna untuk semua warna / nombor.... lepas tu kena pilih satu warna yang kita nak, merah... biru... kuning... hijau... terpulang la warna apa-apa pun...nak kekalkan warna yang sama pun boleh.......
kad WILD DRAW FOUR~ Sama macam kad WILD....boleh guna untuk semua warna / nombor....  lepas tu kena pilih satu warna yang kita nak, merah... biru... kuning... hijau... terpulang la warna apa-apa pun...nak kekalkan warna yang sama pun boleh..
 **** cuma orang yang berikut kena cabut 4 keping kad lagi dan tak boleh jalan / skip (melangkau)
kad GREEN DRAW TWO
kad YELLOW DRAW TWO
kad RED DRAW TWO
kad BLUE DRAW TWO
~ hanya boleh guna mengikut warna pada kad tu.....
 orang yang berikut kena cabut 2 keping kad lagi dan tak boleh jalan / skip (melangkau)...
 ****tapi tak perlu pilih warna macam kad WILD FOUR...


kad SKIP @ NO ENTRY~ melangkau....orang berikut hilang satu pusingan @ tak boleh jalan...

kad REVERSE~ memterbalikkan ataupun undur... orang yang berikut tak boleh jalan, undur ke belakang...




Cara nak main...

 
 Kalau nak seronok main lebih dari 2 orang... 
main 3 orang pun dah best.. sy pun main bertiga, sy dan 2 orang anak lelaki sy (dah tu je ahli yang ada dalam rumah nie, ayahnya tak mau main..dia cuma akan tengok dan ketawa)..
Okey nie lah cara sy main (tak tau le betul ke salah... bedal ajelah)... 
penerangan nie berdasarkan gambar diatas.....(beria je......)
hEhEhE..... 
ada 3 budak... budak A, budak B dan Budak C...

pemain yang muda jalan dulu dan permainan mengikut arah jam...

mula-mula chong kad tu betul-betul.... 
pastu setiap orang dapat 5 @ 7 kad seorang..... 
kad yang lebih tu letak tengah meja  dan buka 1 kad yang paling atas....
macam dalam gambar nie....



Situasi 1... budak A letak kad nombor 7 warna biru... budak B boleh letak, sebarang nombor yang berwarna biru @ kad nombor 7 pada sebarang warna... 
sekiranya budak B ada kad nombor 7  yang berwarna biru,hijau dan merah... boleh letak semua, tapi kalau ada kad warna biru kena letak biru dulu baru warna yang lain.... 
kalau tak de kad nombor 7 atau kad yang berwarna biru...kena la cabut kad yang kat tengah meja tu... cabut sampai jumpa kad nombor 7 atau kad yang berwarna biru..
*** tapi sy ada terbaca peraturan uno...tak perlu cabut kad uno kat tengah tu sampai jumpa nombor atau warna yang sama. cuma perlu cabut satu kad saja..dan pemain seterusnya boleh la jalan.... 
****jadi terpulang la nak guna peraturan yang mana.....

Situasi 2.... budak C letak kad SKIP.... apa jadi??? budak A tak boleh jalan.... budak B la yang jalan...

Situasi 3.... budak B letak kad REVERSE.... apa jadi???? budak C tak boleh jalan.... Budak A kena jalan balik dan seterusnya ...

Situasi 4.... budak A letak kad WILD DRAW FOUR.... hEhEhE.... budak B kena cabut 4 keping kad di tengah meja tu..... bertambah la kad dia....  payah le dia nak menang..... hEhEhE....

Situasi 5.... sama macam situasi 1... budak C letak kad nombor 7 warna biru... budak A tak de sebarang kad yang berwarna biru @  sebarang kad yang bernombor 7.... TAPI budak C ada kad WILD.... jadi budak C tak perlu cabut kad yang di tengah meja tu....budak C boleh letak kad WILD dan tukar warna lain.. hijau ke...merah ke... kuning ke.... 
Kalau budak C ada kad WILD DRAW FOUR pun boleh guna juga....

Situasi 6.... budak B letak kad RED DRAW TWO... apa jadi???... budak C kena cabut 2 keping kad... dan hilang giliran....
TAPI kalau budak C ada kad yang sama, kad RED DRAW TWO... jadi dia selamat dan tak perlu cabut 2 keping kad tu.... pemain yang seterusnya kena lah ambil kad di tengah tu.... 


****Tapi bila tinggal satu kad dalam tangan kena cakap.................

  "LAST kad"..

Dan masa nak letak kad yang terakhir dalam tangan kena cakap......

"UNOOOOOOO"

kalau boleh jerit kuat sikit bagi orang belum menang tu tension dan sakit ati.....silap-silap boleh nangis nie......
hahahaha....


Sekarang nie kad UNO ada macam-macam pattern.....
kalau dulu kosong tak de gambar... warna dan nombor sahaja...
Nie la antara pattern baru kad UNO.... transformers....
anak sy nie nak buat pilihan pun payah... 
ada hello kitty, ada mickey mouse, ada ben 10, ada angry bird....
barbie pun ada...... ada la macam-macam lagi... nie yang sy ingat le...
nasib baik angry bird dah habis....kalau tidak mahu le yang sorang tu beli lagi.... 
Haihhhhhh!!!!!
dah cakap jangan beli lagi..... sama aje kan ....
tapi tak mau dengar..... dah nak, nak juga....
tak dibelikan, dia guna duit poket sendiri pulak..... 
adoi!!!
yang nak main kami bertiga je kot.... dah tu aje ahli yang ada kat rumah tu....



okey la ya setakat nie aje....
sharing is caring.....
hehehe...









Tuesday 4 June 2013

HASIL KERJA TANGAN SAYA ~ FELT CRAFT...PART6




 Akhirnya siaplah juga tempahan dari Kerling..... Semoga customer yang terdiri dari rakan-rakan Kak Imah dan Nani Nina, suka dan berpuas hati dengan hasil kerjatangan sy yang tak seberapa nie.... 
hehehe......

** Atas permintaan Kak Imah, bagi memudahkan proses penyerahan barang2 pada customer.... sy perlu melakukan beberapa perkara...... supaya dia tak perlu mengingat harga setiap item, dia hanya menyerahkan item kepada customer dan ambil bayaran.....

  • packing ~siap
  • lekat tanda harga ~siap
  • kertas order untuk Nani (kertas order yang dulu dah hilang katanya) 
  • keluarkan 3 resit ~siap (macam bisnes besar-besar je gayanya...hik..hik...hik...)

Seronok dan lega sangat bila dapat siapkan tempahan...
Sebenarnya ada satu lagi yang baru je siap...  cute cat warna oren dan satu keychain name.... satu lagi keychain name tu Kak Mimie order untuk baby boynya, Muhammad Azzam Haikal...

Cute cat nie lambat siapnya, sebab kertas pattern nya hilang....jadi kena lukis balik semula....tu yang lambat sikit nak buat tu....
Nie dia cute cat..... sy ada la buat pattern kucing yang lain..... tapi kakak saya nie tak mau, tak cantik katanya (sabar aje la).... huhuhu...... hehehe... kawan dia nak cute cat, so kena buat jugalah cute cat tu.... bukan tak mau buat, tapi nak lukis balik tu yang payah.... takut tak sama dengan yang sebelum nie... tak bebas nak melukis, terikat dengan gambaran yang asal....


 Antara kucing lain yang sy buat...... ada 3 jenis kucing... yang pertama nie sy bagi nama koceng.. dalam bahasa jawa kucing dipanggil koceng.... samalah macam dalam bahasa Inggeris kucing dipanggil cat....
hehehe.... apa nak buat orang jawa la katakan..... cute tak!?



Kucing yang kedua nie, sy bagi 
nama Mr. Miaw... nama nie cadangan dari adik ipar sy, cik puan Laila yang merupakan pencinta sejati kucing... Mr. Miaw nie senang je nak buat dan kejap je siap...kiut tak!? takkiut yeee....

                                                                                                                                                                                            Kucing yang ketiga nie, sy tak tau nak bagi nama apa?!...        tapi tetiba teringat kat kucing yang baik, yang selalu tolong  mak sy jaga kedai.... Kitty... jadi sy namakan kucing nie sempena kucing baik tu... Kitty cat... yang nie pattern dia sama macam cute cat, cuma telinga yang nie nipis dan tidak diisi dengan fiber... hanya kepingan kain felt...... kiut kan...kan....




cukup sampai di sini sayang.... relakan perpisahan ini....... opps terlebih sudaaaaah.... 


Okey...sekian entri sy untuk kali ini..... sy sambung dilain masa.....
TATA TITI TUTU.....


Saturday 1 June 2013

NOVEL PERCUMA


Untung juga cik abang sambung belajar nie...
merasa la juga sy baca novel percuma... 
dapat la 3 buah novel nie....
^_^ SEROOOOONOK SANGAT ^_^
hehehe....
Alhamdulillah....



~Dia tak tanya karya Aleya Aneesa
~Kisah Naz dab Khaalish karya Hanina Abdullah
~Chan Rak Ter Aku Cinta Kamu karya Sara Aisha



NOVEL DARI PBAKL....





Akhirnya sampai juga novel2 yang sy kirim dari adik sy nie..... hehehehe... Kebetulan adik sy nie ada kerja kat PBAKL, dia dok kat tempat buku PELANGI......kirim kat adik tu beberapa buah novel....tapi ni je la yang ada...jadilah dari tak ada langsung....sy pun last2 minit baru nak kirim, dah lambat katanya....banyak rak2 yang dah kosong..... nak buat macam mana baru terfikir, tengok budget pun ada ....... jadi try aje la mana yang ada....





Sebelum tu ada la juga suami ajak sy join cikgu2 sekolah dia pegi PBAKL nie...Mereka ada sewa bus nak pegi sana...teringin juga nak pegi tapi mengenangkan tarikh pegi 1/5/2013...sy batalkan niat tu.....hari biasa pun melaut orangnya, ni kan pulak hari cuti pekerja.... dengan tiga orang anak2 yang aktif bergerak.....
tak pe la lain kot...

Nie la antara gambar yang sempat di'snap' oleh adik sy tu...
memang ramai orang kan....












Apa2 pun, terima kaseh banyak-banyak kat Adikku, Riza..... lain kali tolong belikan lagi yeeee....
hEhEhE...