Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Wednesday 30 January 2013

HASIL KERJA TANGAN SAYA.....FELT CRAFT....part 2




Tuan punya felt craft owl 
Asalnya nak buat 3 aje dan nak bagi pada yang sambut birthday aje... tapi lain pulak jadi nya....macam ni lah kalau ada adik ramai, nak bagi kat sorang.....sorang lagi akan minta......pastu dua orang lagi akan minta jugak..... hehehehe..... tapi tu la kelebihan orang yang ada adik-beradik ramai, bukan semua orang berpeluang merasai perasaan begini....kan......rasa dihargai dan diberi perhatian....kasih sayang adik beradik yang tak akan terputus, walau macam mana kami bergaduh dan bermasam muka.....sedar-sedar dah bergelak ketawa bersama..... 

Setakat ini saya dah buat tiga design burung hantu.....agak-agaknya yang yang paling cute ye????? burung hantu yang paling kecil tu, mata dia besar sangat kan....tak sesuai...butang yang biasa saya pakai tu dah habis (butang yang sama macam dua lagi burung hantu tu)....



Siap jugak akhirnya, keychain untuk 2 anak bujang saya nie.... susah jugak nak jahit huruf ye....sebabkan geram saya gam saja huruf tu...puas hati....hahaha......warna tu pula  atas permintaan mereka...saya fikir warna hitam atau putih lebih sesuai untuk huruf dia, tapi apa boleh buat jika tuan punyanya sepakat nak warna kuning.....whatever laa...janji mereka suka.....

 

Saya cadang nak buat kucing betina yang cute... Tapi terhasil pula kucing miang....hehehe...kucing garong....hahahahahahaha....nak buat macam mana kan, 'kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan'......(^_^)



Pic kucing tu saya download dari google image....nak cuba try buat...sama tak???? tak berapa menjadilah...macam ada 'something wrong some where'......
Saya sebenarnya nak buat felt craft kucing untuk adik ipar saya a.k.a my x classmate....
tapi susah la pulak nak buat.....
Emmmmm.... nampaknya saya kena usaha lebih lagi laaa....huhuhu...

Yang penting disini...
'Dimana ada HIGHWAY, disitu ada TOL'....hehehe..(tetiba teringat tagline adnan sempit...)
yang sebetulnya,
'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan'...
 YESSSS...
Aja aja fighting....
Chaiyok chaiyok...
(suntikan semangat untuk diri sendiri...hehehe....)



Wednesday 23 January 2013

HASIL KERJATANGAN SAYA ~FELT CRAFT......




Inilah felt craft saya yang pertama….
Emmmm, tak cantikkan…nak buat macam mana…kenyataan tentang kebenaran itu......sememangnya pahit…. (>_<) Ahaks......

Hahaha….tak apa......tak apaaaaa, ianya tidak langsung melemahkan semangat saya….bukan semua orang berjaya pada cubaannya yang pertama..kan..kan..

PRACTISE MAKE PERFECT

Ok.....kebanyakan felt craft yang saya buat adalah untuk anak dara saya, Syifa @ nana yang baru berumur 2 tahun....kesian tengok dia main masak-masak....tak ada benda yang nak digoreng dan dimasak....kalau ada pun, benda tu sama besar ngan periuk dia....jadi dia akan ambil pemadam milik abang-abang dia...apalagi, berlakulah kekecohan disitu....hahaha....
Maka saya pun buatkan le ikan dan telur untuk digoreng....

 
Alhamdulillah nana suka....Seronok sangat nana dapat ikan dengan telur tu....sampai dibawa tidur....(^_^)

Seterusnya saya buat pula cookies / kudapan pula.....

Set minum petang untuk nana.....

Keychain Felt Craft Love....

 



 






Sebenarnya segan nak bagi orang tengok keychain love saya ni....senget 

benget....al kesahnya masa nak mula jahit, Yee Yee Yee....nak buat pelan-pelan...tak mau kelam-kabut...nak buat pelan-pelan...tak mau kelam-kabut...tapi masa tengah jahit....ter excited nak tengok hasilnya....laju je jahit.....dan itulah hasilnya.....



Felt craft owl keychain.....

Sebelah kiri tu cubaan pertama, saya tak berapa puas hati ngan burung hantu tu....cuma warnanya yang saya suka...yang sebelah kanan ni kira ok sikit la kot.....saya tak pandai nak jahit jahitan insang pari.... jahitan insang pari saya tak kemas, jadi saya cuma jahit jelujur aje....burung hantu yang coklat ni pula,saya jahit sembat jee..... kira ok la kan...jadi la untuk orang yang baru berjinak-jinak ngan felt craft....


















Ada lagi beberapa kain felt telah dipotong dan tunggu turn untuk dicantumkan / jahit.....jadi sekarang asal ada aje masa terluang, saya akan buat felt craft....memang menyeronokkan....dua beradik ni pun dah tempah nak bagi kat cikgu mereka, untuk hari guru nanti.....hehehe..Hari guru lama lagi la....sekarang baru bulan 1....hari guru bulan 5...agaknya dua beradik ni takut mak deme ni tak sempat nak jahit ko.....hohoho....
Keychain burung hantu ni, saya cadang nak bagi kat adik-adik ngan kak ipar saya  yang sambut birthday 6hb, 14hb dan 23hb januari (tak tau la deme suka ke tidak...hehehe....)
ini untuk anak teruna saya, Syakir izz dan Syahmi izz..... budak dua orang ni la orang kuat saya.....hehehe...tukang pergi beli kain felt, reben, butang, dan lain-lain lagi lah yang berkaitan ngan felt craft ni........terima kasih ye anak anak mak......

Seronok sebenarnya felt craft nie.... Misi seterusnya saya nak cuba buat hello kitty keychain, felt fake cake, KFC (krafty felt chicken), dan macam-macam lagilah.....burung hantu tu pun ada macam-macam design....cute sangat......
nanti lain kali saya upload lagi hasil felt craft.....
daaaaaaaaaaa...





Saturday 12 January 2013

Novel Baru Lagi...... Calon JodOh Untuk Adik~Areila Sahimi & Projek Memikat Suami




Novel baru lagi…..Novel nie sebenarnya dibeli secara tidak disengajakan…..Poket tengah kering (duit tak brapa nak ada)……
Cadangnya nak menemankan 2 orang anak teruna je, beli bekas pensel kat Chiew Teluk Intan..tp terlekat kat rak novel pulak…..
Ada pulak novel Calon Jodoh Untuk Adik~Areila Sahimi, memang terus saya pegang (dah lama cari,baru nie jumpa)……emmmm….takkan beli satu je kan,  alang-alang dah sampai kat kedai buku kan……Akhirnya setelah susah payahnya saya memilih, saya capai novel Projek Memikat Suami~Hanina Abdullah…..Jadi 2 buah novel RM40..
Ternyata berbaloi-baloi…..
Hahahahaha

Dengan ini lengkaplah koleksi novel dari karya Areila Sahimi.....
Walaupun satu novel tu, novel Iman Suraya kak mimi yang punya (hehehehe)...Kira ok le tu, boleh pinjam anytime....Puas hati sangat dapat baca kesemua karya Areila Sahimi.....Novel yang santai, kelakar...rileks abis.......




Calon Jodoh Untuk Adik
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM19.00

Abang rekomen calon A,
Kakak rekomen calon B.
Disebabkan dua calon ini, Arissa pening.
Yang mana satu dia patut undi????

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

 ‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!!!

Tanpa boleh berkata tidak, dia akur apabila itu adalah permintaan terakhir daripada Azmeer yang perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja ‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.

Sumpah!!!! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara yang dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik. Percayalah hati.

Tetapi dia Cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada kakak yang lain. Cukuplah ada kak ina, tak perlu ada kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaik-baik semula dengan kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee.

Habis tu, Fariz macam mana???
Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak madukan mereka berdua???
Abang Ee dan Fariz hidup bermadu???
Oh! Hati Arissa sudah gila!!!!



Projek Memikat Suami
Karya Hanina Abdullah
Terbitan Penulisan2U
Harga RM21.00

Dia suami aku! Meskipun dia tak
Pernah cintakan aku, aku akan pikat
Dia sampai dapat!!!



SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love . Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!




[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie


Nie La antara lagu2 yang digemari oleh watak Nawwal Husna

"Sama seperti minatnya trevelling. Lagu-lagu kegemarannya pun lagu-lagu antarabangsa belaka," kata Zahrain dalam hati. 

Ay Candela~Ibrahim Ferrer 

Despina Vandi

Jatuh Cinta~Projek Pop







maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)




Friday 11 January 2013

SENI KRAFTANGAN~~~~FELT CRAFT~~~~



Seni kraf tangan yang menggunakan kain felt……comel-comel aje hasil krat tangan nie…..geramnya!!!!! bila tengok kat google, teringin rasa nya nak cuba buat sendiri….menjadi ke tidak???? Hahaha…..inilah diantara gambar yang menarik minat saya pada FELT CRAFT.



Kiutnyaaaaa.....Ada macam-macam rupa burung hantu...semuanya comel-comel.....




Ini pulak antara laman web yang menarik berkaitan dengan felt craft.
V
V
V
V
V
V
V  

Bunga / Flower 


 Dompet kecil
Yang ini ada ditunjukkan cara-cara nak buat.


E-BOOK MENGENAI FELT 
 

Makanan / Food


Untuk saya yang baru nak belajar buat, boleh la ikuti langkah demi langkah dilaman web yang dibawah ni....
Katak

Burung Hantu


Cara-cara menjahit. 
Ok...kalau nak buat sendiri kenalah tahu jenis-jenis jahitan yang digunakan. Ada beberapa cara sebenarnya. Setelah meng'google' di internet, barulah saya tau...ni lah cara yang digunakan......

*Insang pari  / Blanket stitch..

*Jahitan kia / Back stitch.

*Jelujur halus / Running stitch.

*Outline stitch.

*Jahitan Sembat. 
-Saya sebenarnya tak tahu ade beza ke jahitan sembat dengan jahitan sembat susup..beza ke????

Tapi kebiasaannya orang guna cara jahitan blanket stitch / insang pari....tapi ade juga yang tindih aje dengan jahitan mesin jahit...hehehe... 


So selamat mencuba......Semoga berjaya....