Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday 3 January 2012

KOLEKSI NOVEL LILY SURIANI





PELABUHAN KASIH
Lily Suryani 
Terbitan ALAF21 Sdn. Bhd.
Harga RM14.00

'Izinkan

kupimpin dirimu

dari kamar waktu

yang sepi itu'



SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Fatin Nabila gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.

Perkenalan dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!!!
Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati terluka.


Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazli yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun seribu tahun.


Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini diperlabuhan Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora....



[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie


"Kenapa abang berahsia dengan Fatin? Kan lebih baik berterus terang daripada menyorok macam ni."........."Abang lupa agaknya janji kita. Sebaik sahaja abang melafazkan nikah tanpa pengetahuan Fatin, maka jatuh talak antara kita. Abang ingat lagi,kan?"
"Maafkan abang sayang."
"Kenapa abang nak rahsiakan? Sedangkan selepas ni memang sah talak akan jatuh ke atas Fatin. Kalau Fatin tak datang hari ni, Fatin tak tau. Abang nak hidup kita bergelumang dengan dosa?"
"Abang tak tahu apa yang abang buat. Abang mintak maaf. Jom kita balik. Kita batalkan perkahwinan ni. Abang masih sayangkan Fatin dan anak-anak."
"Abang, Fatin datang bukan nak rosakkan majlis orang. Fatin datang bukannya nak bawak abang balik tapi Fatin datang cuma nak cari kebenaran untuk diri Fatin dan anak-anak kita"
"Abang mintak maaf Fatin."
"Abang tak salah. Fatin yang patutnya mintak maaf sebab gagal menjadi isteri yang baik."
"Fatin jangan cakap macam tu. Fatin isteri yang baik. You are perfect wife."
"Abang jangan cakap bohong lagi. Kalau Fatin perfect kenapa abang cari yang lain?"

*********
Dengan penuh perasaan, Fazil meluahkan isi hatinya. Fatin terpaku seketika.....
Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layanan pesonamu
Tak mungkin  kulupa jelingan pertama
Nan indah penuh makna
Akan kusahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia..........

 Fazil berjaya membuatnya angau. Perasaannya jauh berbeza ketika bercinta dengan Azril Adam..


ATAS NAMA CINTA
Lily Suryani
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM18.00

'Akulah penunggu cinta yang tegar………

Menanti di mana-mana

Sampai bila-bila'



SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

"Firas..........saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. Biarpun menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang kuagungkan,aku rela......"~ Ardini

"Ardini.........kerana rindu membuat aku mencintai dan menyayangimu. Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang bersemadi di hati ini."~ Firas

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis pujaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka??? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka????

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia.......




[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie
"Firas? Err.....Encik Firas ke ni?"
"Bukan saya gorila......."
~macam mana dia tahu aku panggil dia gorila???~
"Tu lah.....lain kali kalau nak membebel, kawal sikit diri tu. Saya tak dengar awak panggil saya macam tu, tapi gerak bibir awak tadi saya tahu apa yang awak sebut. Marah sangat awak agaknya sampai merungut kat hati pun boleh terkeluar kat mulut awak."

'Bie, hujan lebat kat luar. Kalau Bie ada kan best. Rindulah kat Bie. Kalau Bie ada, boleh main kejar-kejar, ada jugak aktiviti nak buat malam-malam. Bie, Bie dengar tak Dini panggil ni? Dini sejuklah....Hujan pulak tu. Bie.....mehlah temankan Dini. Hei!!! Bie faham tak ni, hujan tu....'  Berdebar-debar dada Firas membaca baris pertama catatan Ardinidalam nota lain..




TIKA RINDU BERLAGU
Lily Suryani
Terbitan ALAF21 Sdn. Bhd.
Harga : RM19.90


'Hadirlah di depan mataku
Usah bersembunyi lagi di sebalik memori'




SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Kesungguhan Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi.


Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi
pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu
lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan
sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak
keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri.
Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru.

Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk
Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun,
demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali
mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan
perigi mencari timba.

Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai
bahagia!



[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]
Yang menarik dr novel nie


"Kamu ni, kenapa?"
"Pasal dia ni lah!"....."Dila cuba nak kembalikan ingatan dia pada Dila. Ini percubaan terakhir Dila. Kalau dia tak ingat jugak, tak apalah."
"Semata-mata kerana Naim? Sebab tu nak jadi Adi balik? Sampai sanggup bergadai nyawa?"
"Kenapa? Wajib ke jadi Adi? Kalau dia ingat, Adila nak buat apa? Kalau dia tak ingat, Adila nak buat apa pulak?"......."Hah, Naim..... sekarang ada kamu ingat balik? Adila ni Adi?"..........."Dia masih tak ingat kamu ni Adi. Sekarang, apa Adila nak buat?"
"Maafkan saya. Awak tak perlu bersusah payah buat semua ni. Awak tak payah susah-susah nak kembalikan ingatan saya kepada Adi."

"Saya tak akan turun dari kereta ni selagi awak tak bercakap elok-elok dengan saya. Selagi awak tak senyum kat saya, saya tak nak turun."
"Ya Allah"
"Adila sayang. jom kita turun. Dah sampai ni."
"Tak mau. Tak ikhlas. Nampak sangat buat-buat!"

"Dila, duduk sanalah. Tak manislah mencangkung macam ni."
"Tambahlah gula."
"Loyar buruk!"...."Pergi duduk sana. Kalau tak, saya pam mulut awak dengan pam tayar tu, biar menggelembung satu badan, macam dalam cerita kartun. Lepas tu saya lepaskan, biar awak terbang tak tentu arah ke udara."










maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)






No comments:

Post a Comment