Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Saturday 31 December 2011

KOLEKSI NOVEL ANIS AYUNI ......










Nie la dia koleksi novel karya Novelis Paling Popular 
.........................ANIS AYUNI......



Y(n_n)Y    DOUBLE THUMB~UP dan 5 STARs buat penulis Anis Ayuni..........

koleksi novel Anis Ayuni  




Suara Hati
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21
Sdn. Bhd.
Harga RM13.90
'Akan ku rahsiakan
rasa cintaku padamu
jauh di lubuk hati'


SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
Cinta tak semestinya bersatu. Terperangkap dalam delima membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh dilubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu. Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. 


Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan....andai cinta pertama telah dikecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua??????



Yang Terindah
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM15.00
'Malam
Menjadi Siang
Bila Hati Kita
Bersatu'
SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecapi kasih sayang seorang ayah. Lalu rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.

Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan mengundurkan diri. 

Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, menderu rindu dan menghukum perasaan sendiri. 

Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukuplah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya? 

Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya……… 



Manisnya Cinta
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM17.00
'Akhirnya lafazkan jua melalui suara hati' 
SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana? 

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini? 

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu? 

Ah…. Sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir melebur sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini. 



Gemersik Kalbu
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM19.90
‘Mengapa
berpaut pada kenangan
sedangkan impian’
oleh digapai’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
 RAIHANA.....pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk dikalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu tampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun jawapanmu sering menyongsang makna.Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biar begitu sahaja.

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya…. Bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas.

SUFIAN…… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini.Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah….semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu dihati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!


Kau Kekasihku
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM19.90
‘Aku dah tak berdaya
berkawan dengan angan-angan
berteman bayang-bayang’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
HADIRMU…..bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yangbertahta di hati.

Pandanglah ke dalam mataku…….selamilah jauh ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi….. hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga…… bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi……. aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu ‘menyentuhku’? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi….mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri? 

Ah, lelaki….apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

“Dhira percayalah…… cuma kematian yang akan memisahkan
kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku……”


[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]
Yang menarik dr novel nie


"Oh...rupa-rupanya air yang Dhira bagi abang minum dulu tu air jampi, eh?? 
"Sebab nak abang 'baik'......bukan ada niat lain," 
"Nak baik punya pasal sebab takut Dhira lari......sampai kembung perut abang minum air hujan!!"
"Hah?"




Bayangan Rindu
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM19.90
 ‘Salam kasih siapakah 
Yang singgah mengusik ke sanubari ini’
 

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
RASA aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta pada gadis lain. 

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya, ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan. 

Umar Aisy: Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti ‘dia’ bukan jodoh I. 

Iddya: Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta. 
Que Sera, Sera. Whatever will be….. will be….. The future’s not uors to see. Que Sera, Sera. Whatever will be…… will be.
[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]
Yang menarik dr novel nie







Penampilan Istimewa Watak
 Zairi <3 Dhira (Kau Kekasihku)
sbg abg kepada Iddya

 Sufian <3 Raihana (Gemersik Kalbu)
sbg abg sepupu kepada Iddya


Seribu Kali Sayang
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM19.90
‘Mengapa kuteringat bila cuba melupa 
kumenangis bila cuba tertawa’ 

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL. 
SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamerkan reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah. 

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri. 

Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa. 

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat berharap salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak. 

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai? 

[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]
Yang menarik dr novel nie. 


Lagu yang Abang Faiz tujukan kepada Abby.
"Engkau mustika hati
pesona cinta mahligai mimpi
malam dingin yang kelam
aku tiada gentar kerana cintamu
misteri alam yang terbongkar
lena jadi sedar kerana kasihmu"


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3
"Abang dah maafkan, tapi jangan buat lagi."
"Ya, Abby janji."
"Janji, tapi bukannya yang 'promises are like snowballs.....
easy to make but very hard to keep'."



Sungguh Aku Cinta
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM19.90
‘Walaupun kemana 
kau pergi 
Dirimu sentiasa hadir di hati ini’ 


SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL 
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai. 

Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya. 

Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi. 

Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta.......



Saat Kau Kata Cinta
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM19.90
‘Hatiku telah lama tertinggal
dalam lipatan duka lara’


SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak.Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan diluar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran. 

Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.

Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam berkasih.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?




Cinta Yang Kurasa
Karya Anis Ayuni
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd.
Harga RM25.00
‘Usah biarkan
kasihku sunyi
menunggu seorang diri’


SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua. 

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

"Aku mencetus situasi dan reaksi
yang menekan perasaanmu agar kau membenci.
Hakikatnya Laila...... aku mengoyak hati sendiri"






maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Jutaan terima kasih kerana sudi menjadikan novel-novel Kak Anis sebagai koleksi peribadi. Muaahhhh ...

    Salam sayang,

    kak anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikum salam.. sama-sama kaseh... novel2 yg menarik, semoga kak anis terus berkarya..... terima kasih juga pada kak anis @ anisayuni kerana sudi singgah di blog sy ni.... hehehe .. sooonok sesangat sy.... ^_^

      Delete