Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday 27 August 2012

Novel yg baru sy beli...............Curi-curi Suka ~ Liyana Zahim


Baru-baru nie ada le pegi TESCO Ipoh, nak cari & beli kitchen scale. So sementara tunggu cik abang & bebudak g toilet, sy pusing2 kat tempat novel…….novel yang ade dalam list wajib beli tak ade la pulak….jadi tengok2 aje le…
Bila cik abang dah ade kat sebelah, sy saja le coba nasib kot-kot dapat sebijik 2…..
Alhamdulillah…..dapat la novel nie
Curi-curi Suka….

Bila dah baca….best gak…pendek kata ( panjang tak kata tau ) tak rugi beli….



Curi-curi Suka
Karya Liyana Zahim
Terbitan ALAF21
Harga RM 21.00

Diam-diam jiwa merindu
Senyap-senyap
Hati terpaut



Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
WALAUPUN  dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah.

Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dibuatnya !

‘Malapetaka’ makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy ! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya.

Dalam diam, dia curi-curi suka seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh ? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.







maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)



No comments:

Post a Comment