Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday 30 August 2012

Novel yg baru sy baca..............1. Kampung Girl ~ Umi Kalsom. 2. Cik Bunga dan Encik Sombong ~ Airisz







Kampung Girl
Karya Umi Kalsom
Terbitan Karya Seni
Harga RM 21.00

Dalam banyak-banyak perempuan dalam
Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga
yang jadi pilihan hati mummy ?!



Sinopsis yang terdapat dibelakang novel

PERKAHWINAN  yang diatur oleh keluarga ? Ashraf langsung tidak menyangka ! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur ! Si budak kampong itu ?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu….. mummy jangan paksa Ash !” –Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan Abang Ash !” –Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

                Bergaduh mulut ? itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami ?” –Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
                Benarlah kata orang, kerana mulut santan binasa……. kerana mulut ? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak dia beli cincin tunang.” –Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diatur merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

And what have you been thinking, doing such thing to me ? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh ?” –Ashraf Khairi.

        Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya.


        Kesudahannya……. 
Ashraf makin membenci ?
Ainnur menjauhkan diri ? 
Tidak akan bertemukah dua hati ini ? 
Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci.








Cik Bunga Dan Encik Sombong
Karya Airisz
Terbitan Karya Seni
Harga RM 22.00

Untuk hidup berdua, haruslah setia....



Sinopsis yang terdapat dibelakang novel



Aku ? Aku Intan Asnidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.



Dia ? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Isqandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari.Okeylah sebab satu hari saja, kira akutolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
“ Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang saya dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku. “ Jangan mimpi nak jadi menantu saya !”

Ah ! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana.


Tinggal lagi, lama manakah rumahtangga tersebut bakal bertahan ?
Benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar ?





maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)





No comments:

Post a Comment