Novel baru
lagi…..Novel nie sebenarnya dibeli secara tidak disengajakan…..Poket tengah
kering (duit tak brapa nak ada)……
Cadangnya
nak menemankan 2 orang anak teruna je, beli bekas pensel kat Chiew Teluk Intan..tp
terlekat kat rak novel pulak…..
Ada pulak
novel Calon Jodoh Untuk Adik~Areila Sahimi, memang terus saya pegang (dah lama
cari,baru nie jumpa)……emmmm….takkan beli satu je kan, alang-alang dah sampai kat kedai buku
kan……Akhirnya setelah susah payahnya saya memilih, saya capai novel Projek
Memikat Suami~Hanina Abdullah…..Jadi 2 buah novel RM40..
Ternyata
berbaloi-baloi…..
Hahahahaha
Dengan ini lengkaplah koleksi novel dari karya Areila Sahimi.....
Walaupun satu novel tu, novel Iman Suraya kak mimi yang punya (hehehehe)...Kira ok le tu, boleh pinjam anytime....Puas hati sangat dapat baca kesemua karya Areila Sahimi.....Novel yang santai, kelakar...rileks abis.......
Calon Jodoh Untuk Adik
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM19.00
Abang
rekomen calon A,
Kakak
rekomen calon B.
Disebabkan
dua calon ini, Arissa pening.
Yang
mana satu dia patut undi????
SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG
KULIT NOVEL.
‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang
itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil
Izlan dan Arissa
pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus
perang dunia!!!
Tanpa boleh berkata tidak,
dia akur apabila itu adalah permintaan terakhir daripada Azmeer yang perlu dituruti.
Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur.
Pantang ditegur ada sahaja ‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya.
Berbisa dan pedas. Sabar Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.
Sumpah!!!! Hidup dia jadi
tak tentu arah apabila Abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara yang dah lepas
tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik. Percayalah hati.
Tetapi dia Cuma perlukan
abang aje dan tak mahu ada kakak yang lain. Cukuplah ada kak ina, tak perlu ada
kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaik-baik semula dengan kak
Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang
Ee.
Habis tu, Fariz macam
mana???
Takkan akibat sering putus
cinta, ada hati nak madukan mereka berdua???
Abang Ee dan Fariz hidup
bermadu???
Oh! Hati Arissa sudah
gila!!!!
Projek Memikat Suami
Karya Hanina Abdullah
Terbitan Penulisan2U
Harga RM21.00
Dia
suami aku! Meskipun dia tak
Pernah
cintakan aku, aku akan pikat
Dia
sampai dapat!!!
SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG
KULIT NOVEL.
NAWWAL
HUSNA,
baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan
berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan
itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak
sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak
sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik
Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our
married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain
Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan
nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji
dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan
punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri
boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si
mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh
cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci,
benci, benci, tup-tup, in love . Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain
Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud
pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan
rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna
untuk membina rumah tangga bahagia!
[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]
Yang
menarik dr novel nie
Nie La antara lagu2 yang digemari oleh watak Nawwal Husna
"Sama seperti minatnya trevelling. Lagu-lagu kegemarannya pun lagu-lagu antarabangsa belaka," kata Zahrain dalam hati.
Ay Candela~Ibrahim Ferrer
Despina Vandi
Jatuh Cinta~Projek Pop
maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)
No comments:
Post a Comment