Sunday, 2 October 2016

KEK OMBAK RINDU.


Assalammualaikum dan salam sejahtera..
lama tak jenguk blog saya ni.
hari ni saya nak kongsikan resipi kek ombak rindu.
kek yang sedap dan mudah.



 bahan-bahan
1 ketul butter
1 dan 1/2 cawan gula halus
5 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 penutup esen vanilla
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
serbuk koko secukupnya.

Cara-cara menyediakannya
  • Pukul butter dan gula sampai kembang.
  • Masukkan esen vanilla, pukul.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Masukkan susu cair~ pukul lagi.
  • Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder~ kacau secara manual (kacau guna senduk kayu)
  • Warnakan.
  • Tuang satu bahagian yang telah diwarnakan ~ratakan~
  • Kemudian ayak serbuk koko, (gunakan penapis teh) seratakan atas permukaan adunan pertama..
  • Tuang lagi satu bahagian lain ~ratakan.. * Masa ratakan adunan warna ke -2, hati-hati ya sebab tak nak serbuk koko itu mengikut sekali..
  • Ulang sampai habis.
  • Bakar selama 45 minit dengan suhu 160`c (api bawah selama 30minit dan masa selebihnya mgunakan api atas bawah) 

Selamat mencuba.. don't forget, practice make perfect.
saya sendiri pun gagal di cubaan pertama saya..
hehehe..
.
gembira sangat rasa di hati, bila husband dan anak-anak kata "sedap" ..

Okey, jumpa lagi di entri akan datang..

No comments:

Post a Comment