Friday, 29 April 2016

CUCUR KEMBONG MANIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
saya nak kongsikan resepi cucur kembong manis..
resepi yang mudah dan sedap..
menu yang pernah menjadi sebutan  / viral di group masak (facebook)..
heheheh...







CUCUR KEMBONG MANIS
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas (betul-betul panas)
1/2 cawan susu pekat (nak guna secawan pun boleh..)
secubit garam

~Gaul semua bahan. (guna senduk kayu.)
~adunan akan melekat-lekat kat tangan (macam adunan kuih keria)
~Masa nak goreng, celup tangan ke dalam air dulu. Lepas tu ambil adunan ikut saiz yang kita nak.
~Kepal-kepalkan sikit bagi bulat.
~Masa tengah goreng, kena rajin kacau-kacau / balik-balikkan. Supaya cucur tu cantik bulatnya.. 



Okey, jumpa lagi di entri yang akan datang... 




No comments:

Post a Comment