Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday 18 June 2013

NOVEL PELANGI CINTA UNTUK SUAMI~ACIK LANA



Novel yang sy nak kongsikan ni adalah karya Acik Lana.....
Acik Lana dah keluarkan banyak novel, tapi yang ni aje la yang sy jumpa....mesti novel dia lariskan... apa-apa pun yang ni memang best... berbaloi-baloi... hehe..memang tak rugi la beli...




Aku bukan mistress
Maaf jika aku tak sempurna
Kalau memang harus begitu 
Perempuan yang paling aku cinta
Pelangi cinta buat suami
Akadku yang terakhir
(gambar kat sebelah ni sy dapat kat google... koleksi novel Acik Lana)


PELANGI CINTA BUAT SUAMI

Karya Acik Lana

Terbitan Kaki Novel
Harga RM30.00

Percayalah kasih............
kesetiaan ini,
kesetiaan yang tak kau duga.


SINOPSIS YG TERDAPATDI BELAKANG KULIT NOVEL.

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina: Kerana sebuah dairi, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum, dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati. 
Tengku Qalif: Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun, Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuannya. Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.

Semakin jauh mengelak, semakin dekat dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk bernikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.

Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang.
Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun, kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya. Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?


[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie

sorry ek', cik penulis sy pinjam beberapa dialog.....
"Imanina!"
"Kenapa Tengku?"
"Kau ingat aku ni tunggul ke? Terpacak macam tiang nak tunggu kau? Pukul berapa nak balik ni?"
"Tunggu? Tengku tunggu Nina ke?"
"Cepat kemas barang kau, kita balik."
"Hah? Balik? Tapi Nina banyak kerja lagi ni,  baju Abang Amri tu nak kena alter. Kalau Nina tak buat, nanti....."
"Enough!"..."Kemas barang kau, kita balik sekarang jugak."
"Tapi Nina nak guna mesin jahit siapkan baju-baju tu dulu."
"Boleh tak kau jangan banyak bunyi? Cepat kemas barang kau!"
"Tengku"..."Kenapa Tengku tension-tension ni?"
"Nothing, get in the car."
"Eh. Jap-jap!"..."Boleh hantarkan Nina kat rumah umi? Nina nak tidur sana malam ni."
"Why?"
"Errr...Nina nak siapkan baju-baju ni semua. Rumah umi ada mesin jahit, Nina boleh buat kat sana aje nanti"..."Boleh ke tak ni?"
"No, tak boleh"
"Kenapa tak boleh pulak?" 
"Sekejap lagi aku belikan kau mesin jahit baru, kau jahitlah sampai lebam dekat rumah mama. Tak payah sibuk-sibuk nak balik rumah umi kau, nanti diorang mengata aku tak peduli pasal kau pulak."..."Boleh tak kau jangan nak berangan tengah-tengah panas macam ni?"
"Sorry, Tengku...... jangan marah, I love you!"




"Harn, have you ever tried sleeping with a broken heart?"
"Kau cakap apa ni?"
"You pernah rasa perasaan macam tu? Menangis sebelum tidur sebab perasaan you  sangat-sangat terluka?"
"Aku tak pernah ingat apa yang aku lalui dulu, jadi aku tak rasa aku ada perasaan tu."
"Lucky you,"....."Tapi I  lalui semua tu sepanjang hidup I  sejak I  berpisah dengan you. Dan I  boleh cakap yang sampai sekarang pun I  masih rasa semua tu."
"Harn, I really wish you know what I went through......"
"What?  Cara kau cakap tu macam kau menyalahkan aku."
"You build me up, then leave me dead."
"If it's really hard for you, then give up. Siapa suruh kau seksa diri kau sendiri?"
" I don't know what to do because each and everytime I turn around to leave, I feel my heart begin to bleed.... I just can't give up on you."....."You  jangan ambik hati dengan apa yang I  cakap ye?"
"I  love you a lot, but you're so far away."


bermula dengan insiden terambil dairi.... dan berakhir dengan dairi itu juga.....





maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)

No comments:

Post a Comment