Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday 13 June 2013

JOM MAIN KAD UNO.

Jom...jom......
Kali ni nak main kad Uno.....
Bukanlah first time sy nak main kad UNO nie.... dah banyak kali main...

Tapi setiap kali nak main, mesti sy lupa rules / peraturan dia....Jadi sy nak buat catatan untuk diri sendiri, kalau ada yang nak share pun boleh.... dialu-alukan....
hEhEhE...
Lepas nie tak de la sy dok meng'google' kat tenet aje setiap kali sy nak main.....
Inilah dia kad UNO...
Sebenarnya senang aje nak main kad UNO nie..  
siapa habis dulu kad dalam tangan kira menang....
cuma perlu sama warna ataupun sama nombornya....
Ada juga beberapa kad yang lain...

kad WILD~ boleh guna untuk semua warna / nombor.... lepas tu kena pilih satu warna yang kita nak, merah... biru... kuning... hijau... terpulang la warna apa-apa pun...nak kekalkan warna yang sama pun boleh.......
kad WILD DRAW FOUR~ Sama macam kad WILD....boleh guna untuk semua warna / nombor....  lepas tu kena pilih satu warna yang kita nak, merah... biru... kuning... hijau... terpulang la warna apa-apa pun...nak kekalkan warna yang sama pun boleh..
 **** cuma orang yang berikut kena cabut 4 keping kad lagi dan tak boleh jalan / skip (melangkau)
kad GREEN DRAW TWO
kad YELLOW DRAW TWO
kad RED DRAW TWO
kad BLUE DRAW TWO
~ hanya boleh guna mengikut warna pada kad tu.....
 orang yang berikut kena cabut 2 keping kad lagi dan tak boleh jalan / skip (melangkau)...
 ****tapi tak perlu pilih warna macam kad WILD FOUR...


kad SKIP @ NO ENTRY~ melangkau....orang berikut hilang satu pusingan @ tak boleh jalan...

kad REVERSE~ memterbalikkan ataupun undur... orang yang berikut tak boleh jalan, undur ke belakang...




Cara nak main...

 
 Kalau nak seronok main lebih dari 2 orang... 
main 3 orang pun dah best.. sy pun main bertiga, sy dan 2 orang anak lelaki sy (dah tu je ahli yang ada dalam rumah nie, ayahnya tak mau main..dia cuma akan tengok dan ketawa)..
Okey nie lah cara sy main (tak tau le betul ke salah... bedal ajelah)... 
penerangan nie berdasarkan gambar diatas.....(beria je......)
hEhEhE..... 
ada 3 budak... budak A, budak B dan Budak C...

pemain yang muda jalan dulu dan permainan mengikut arah jam...

mula-mula chong kad tu betul-betul.... 
pastu setiap orang dapat 5 @ 7 kad seorang..... 
kad yang lebih tu letak tengah meja  dan buka 1 kad yang paling atas....
macam dalam gambar nie....



Situasi 1... budak A letak kad nombor 7 warna biru... budak B boleh letak, sebarang nombor yang berwarna biru @ kad nombor 7 pada sebarang warna... 
sekiranya budak B ada kad nombor 7  yang berwarna biru,hijau dan merah... boleh letak semua, tapi kalau ada kad warna biru kena letak biru dulu baru warna yang lain.... 
kalau tak de kad nombor 7 atau kad yang berwarna biru...kena la cabut kad yang kat tengah meja tu... cabut sampai jumpa kad nombor 7 atau kad yang berwarna biru..
*** tapi sy ada terbaca peraturan uno...tak perlu cabut kad uno kat tengah tu sampai jumpa nombor atau warna yang sama. cuma perlu cabut satu kad saja..dan pemain seterusnya boleh la jalan.... 
****jadi terpulang la nak guna peraturan yang mana.....

Situasi 2.... budak C letak kad SKIP.... apa jadi??? budak A tak boleh jalan.... budak B la yang jalan...

Situasi 3.... budak B letak kad REVERSE.... apa jadi???? budak C tak boleh jalan.... Budak A kena jalan balik dan seterusnya ...

Situasi 4.... budak A letak kad WILD DRAW FOUR.... hEhEhE.... budak B kena cabut 4 keping kad di tengah meja tu..... bertambah la kad dia....  payah le dia nak menang..... hEhEhE....

Situasi 5.... sama macam situasi 1... budak C letak kad nombor 7 warna biru... budak A tak de sebarang kad yang berwarna biru @  sebarang kad yang bernombor 7.... TAPI budak C ada kad WILD.... jadi budak C tak perlu cabut kad yang di tengah meja tu....budak C boleh letak kad WILD dan tukar warna lain.. hijau ke...merah ke... kuning ke.... 
Kalau budak C ada kad WILD DRAW FOUR pun boleh guna juga....

Situasi 6.... budak B letak kad RED DRAW TWO... apa jadi???... budak C kena cabut 2 keping kad... dan hilang giliran....
TAPI kalau budak C ada kad yang sama, kad RED DRAW TWO... jadi dia selamat dan tak perlu cabut 2 keping kad tu.... pemain yang seterusnya kena lah ambil kad di tengah tu.... 


****Tapi bila tinggal satu kad dalam tangan kena cakap.................

  "LAST kad"..

Dan masa nak letak kad yang terakhir dalam tangan kena cakap......

"UNOOOOOOO"

kalau boleh jerit kuat sikit bagi orang belum menang tu tension dan sakit ati.....silap-silap boleh nangis nie......
hahahaha....


Sekarang nie kad UNO ada macam-macam pattern.....
kalau dulu kosong tak de gambar... warna dan nombor sahaja...
Nie la antara pattern baru kad UNO.... transformers....
anak sy nie nak buat pilihan pun payah... 
ada hello kitty, ada mickey mouse, ada ben 10, ada angry bird....
barbie pun ada...... ada la macam-macam lagi... nie yang sy ingat le...
nasib baik angry bird dah habis....kalau tidak mahu le yang sorang tu beli lagi.... 
Haihhhhhh!!!!!
dah cakap jangan beli lagi..... sama aje kan ....
tapi tak mau dengar..... dah nak, nak juga....
tak dibelikan, dia guna duit poket sendiri pulak..... 
adoi!!!
yang nak main kami bertiga je kot.... dah tu aje ahli yang ada kat rumah tu....



okey la ya setakat nie aje....
sharing is caring.....
hehehe...









16 comments:

  1. Cth ad 3 sme iaitu kad kuase tmbh 2...bleh mng trus sbb ad kwn ckp kad kuase xleh berakhir mcam tu sahje

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing..baru phm sket cmna nak main ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2, Rohani M.I.. sharing is caring.. sy pun sebelum ni tak tahu nk main.. jadi ikut faham sendiri aje la.. hehehe..

      Delete
  3. err saya punya kad uno Sofia The First. tapi saya heran la. nape saya punya tak ada kad WILD DRAW FOUR. saya dah cri betul2 dah :<

    ReplyDelete
  4. Assalam sis.. Sy x berapa faham situasi no5..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sis tips cara main kad UNO ni😊.. Sya tgk org main byk kali still x faham. kena ada penerangan mcm sis ni.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sis tips cara main kad UNO ni😊.. Sya tgk org main byk kali still x faham. kena ada penerangan mcm sis ni.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Camne plak tgh main... Tiba2 ade kad jemputan kawen or kad kredit? ..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Kalau budak A keluarkan kad reverse kuning budak b boleh tak keluarkan kad reverse jugak tpi kaler lain boleh tak ? sama macm kad skip boleh tak klu kita keluarkan skip kale hijau then budak sbelah kita kluarkan skip kale kuning ?

    ReplyDelete
  11. Kalau kena amik kad tgh, tp kad tgh dah habis.. cmne ye?

    ReplyDelete