Lebih Kurang
Karya
Qaseh Qaisara
Terbitan
Fajar Pakeer
Harga
RM 17.00
Bila masa saya suka awak ?
Tak suka, tak nak kawan awak !
Tapi bila awak jauh,
Saya rindu awak…..
Sinopsis
yang terdapat dibelakang novel
“
Hidup siapa lagi orang nak susahkan kalau bukan hidup isteri orang….”
Mereka
tinggal di rumah yang sama dan belajar di kolej yang sama. Namun kepala tak
pernah sama. Zackhwan suka benar mencari pasal, Azrina pula mangsa utama.
“
Kita dah jadi pasangan suami isteri di alam facebook, jadi tak ada alasan untuk
orang ceraikan awak. Orang betul sayangkan awak. Sayang sangat-sangat !”
Setiap
kali terkena, Azrina hanya bersabar dan terus bersabar bersama perasaan benci
yang membuak. Dia akan bertahan selagi boleh. Dari ke sehari, Azrina dapat
menerima si wayar putus dengan perasaan senang. Tahulah Azrina, Zackhwan itu
tidaklah senakal mana, hanya perangai semula jadinya yang suka melihat Azrina
marah-marah. Comel sangat, kata Zackhwan.
Zackhwan
pula sebenarnya bukan niat hendak mengena. Mungkin itulah caranya dia meluahkan
kasih sayang terhadap Azrina. Kasih sayang yang berputik sejak mereka pernah
bermain layang-layang bersama di zaman kanak-kanak. Semua kasih sayang itu
Zackhwan simpan agar suatu hari menjadi kenyataan.
Namun
cinta mereka hanya di alam kolej sajakah ?
Atau
hingga ke akhirnya mereka akan bersama ?
Kau,
Aku Kita
Karya
Orkid Edyliyne
Terbitan
Fajar Pakeer
Harga
RM 17.00
“Tak pernah berlaku
macam ni. Pengantin lelaki
dengan pengantin perempuan,
dua-dua nama sama, Iman Firdaus.”
Sinopsis
yang terdapat dibelakang novel
"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman
Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"
Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.
Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.
Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri.
Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:
"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."
Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?

Maafkan Abang
Karya Eyla Hime
Terbitan Fajar Pakeer
Harga RM 22.00
Cinta tidak selalu
bersama jodoh.
Namun jodoh akan
sentiasa kekal
bersama cinta.
Sinopsis
yang terdapat dibelakang novel
Jodoh. Biar sejauh mana menghindar, biar hati sudah diberikan kepada yang lain, jodoh tetap jodoh. Hatrisya dan Hazimi dipertemukan. Peluang ini diambil Hazimi untuk kembali rapat dengan Hatrisya. Namun, saat hubungan kembali pulih, ada satu perkara menimpa mereka berdua. Dan niat Hazimi untuk menjernihkan lagi perhubungan, telah menjadi api kebencian.
“Kenapa kau tak mampus aje dari dunia ni? Patutnya kau pergi jahanam sekali dengan ibu bapa kau masa kau sekolah dulu! Kaulah yang bawak sial kat dalam keluarga kami!”
Hatrisya mula membulatkan keputusan. Keputusan yang akan menentukan hala tujunya dan Hazimi. Dan tika ini, Hazimi mula sedar akan sesuatu. Hazimi mula mengejar bayang Hatrisya. Namun, dibiar sepi oleh Hatrisya.
Mampukah Hatrisya terus menidakkan perasaan yang dirasanya? Kejadian apa yang membuatkan Hazimi membenci Hatrisya? Mampukah Hatrisya menjayakan keputusan yang telah diambil? Berjayakah Hazimi melembutkan kembali hati Hatrisya? Apakah dengan kata maaf, keadaan akan kembali seperti sediakala?
maaf
kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat
diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke (
dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join
sy.....wassalam......(*_<)
No comments:
Post a Comment