Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday 1 October 2012

NOVEL KURELAKAN CINTA INI BERTAMU ~ NURIL BAHANUDIN.....



Novel yang menarik untuk dijadikan koleksi.......


Kurela Cinta Ini Bertamu
Karya Nuril Bahanudin
Terbitan KAKINOVEL
Harga RM24.00

Tatkala cinta mengetuk hati,
Aku masih dalam terpinga,
Perlukah kuterima takdir ini,
Yang aku dan kau perlu bersama…………


SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
Kurela Cinta Ini Bertamu……... hidup ini banyak sangat rahsianya sehingga kadang-kadang kita tak jangka orang yang selalu kita jumpa, terlanggar bahu dengan kita itulah jodoh kita. Eh, eh macam-macam ada, kan? Qistina Balqish gadis biasa, hidup sederhana, susah untuk jatuh cinta. Namun sekali bercinta……. selamanya tetap cintanya. Berbeza dengan Daniel Muaz, cintanya murah, sehingga kepada semua yang ditemuinya ingin diberi segalanya rasa yang ada. Modalnya mudah. Wang, kedudukan dan raut wajah.

Pertemuan tanpa diduga telah mewujudkan sebuah ikatan yang rumit, masing-masing belum bersedia dengan rasa dan beban yang perlu digalas, namun terlanjur perbuatan, selamanya terikat dengan sebuah ikatan melainkan lafaz cerai yang diberikan. Namun, nikah cerai bukan mainan, banyak maruah yang perlu dijaga. Masing-masing serba salah, rumit dan argh pening kepala!!!!!

Qistina Balqish : Arghhh... tanya pada hati, hati kata tak tahu. Namun kau tak kulihat sehari jiwa sudah berlagu rindu, bagaimana? Apakah yang perlu kubuat demi mempertahankan mahligai ini? Sedangkan ada benih yang kian bercambah di dalam rahimku.

Daniel Muaz : Huh, kenapalah sikap kau selalu menduga sabarku? Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai gelaran itu kau berikan? Kau tak cantik, kau bukan wanita idaman aku, tapi aku dah mula angaukan kau Qish!!!!!

Haizam: Kenapa baru sekarang kusedar yang kau sebenarnya kucintai? Bolehkah kita bersama? Aku sanggup menunggu seberapa lama pun demi cinta ini.

Yasmin: Aku perempuan... aku faham renungan matanya, aku tahu erti pandangan itu. Kenapa kau tak mahu percaya sayangku???????

Mampukah mereka mencapai bahagia sendiri? Entahlah , biarlah masa menentukan tapi bukankah bahagia itu perlu dicipta, bukannya datang bergolek sebegitu saja.


Info tambahan
Novel Kurela Cinta Ini Bertamu bakal ada kesinambungannya......sedang dalam proses........atas permintaan ramai katanye..hehehe......sy pun tergolong dalam tu sekali tau (memang berharap sangat novel nie di sambung~ sebab tak banyak novel yang punya kesinambungan kan, kan, kan!!!!!...)
Novel nie best, memang tak rugi la beli....tapi sy tak beli, sy pinjam dr kakak ipar sy....hehehe....bukan saja tak nak beli, hal nie disebabkan oleh kami berdua nie tak bekerja dan hanya kami berdua aje yang giler baca novel dalam family kami, jadi kami akan beli dan bertukar2 novel yang mahu dibaca....pendek kata jimat kos pembelian....apa2 pun sy bagi 5bintang untuk novel nie.....sy dah baca novel nie lebih dari 3 kali dan setiap kali baca sy mesti menangis.......ada bahagian2 dalam novel nie yang berjaya menyehtuh kalbuku, ceeeewah!!!! 
Okey nie dia link untuk ke blog penulis novel tersebut...boleh la kita ikuti bersama perkembangan novel Sayang Aku Cinta Kamu 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v














2 comments:

  1. Replies
    1. <3 Sama-sama kaseh....Tak sangka pula....Penulis novel Kurela Cinta ini Bertamu bagi komen.... ^_^hehehehe...SUKA SANGAT <3

      Delete