Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday 17 December 2013

CITER HINDUSTAN...CHENNAI EXPRESS...




Dah  agak lama sy tak menonton filem hindustan yang baru (walaupun tak la baru sangat..hohoho...)..... dua tiga hari lepas terjumpa hindi full movie kat youtube.... kena pulak dengan hero dia... apa lagi terus sy menonton... takut lain kali cari balik tak jumpa pulak.... dan memang terbukti pun, hari ni sy cari balik filem ni kat youtube tapi dah tak ada...yang ada tulisan ni aje la dengan muka kotak merah tu.... 


"Chennai Express Full Movie ..." This video is no longer available due to a copyright claim by Disney.


nasib baik dah tengok, walaupun tak boleh ulang tengok lagi...huhuhu......



CHENNAI EXPRESS

hero filem ni SRK / Shah Rukh Khan, my favorite hero....bergandingan dengan Deepika Padukone...
deme ni pernah berlakon bersama dalam filem 'OM SHANTI OM',
 gandingan yang mantap...ternyata berbaloi...best, kelakar, ala filem tamil.......sesuai untuk tontonan satu family...


meh tengok trailer ni dulu..


layan lagu-lagu dari filem ni

chennai-ai-ai-ai-ai-ai-ai chennai express....
get on the train baby......

1234 get on the dance floor


kashmir main tu kanyakumari

titli

lungi dance "the thalaiva"


sinopsis secara ringkas.tapi panjang berjela la pulak...hihi

Rahul (Shah Rukh Khan), seorang lelaki bujang yang berumur 40 tahun dan tinggal di Mumbai. Rahul dibesarkan oleh datuk dan neneknya. datuknya mempunyai kedai manisan ~TT Mithaiwala.... malam ulang tahun datuknya yang ke 100, datuknya telah meninggal dunia semasa menonton perlawanan kriket. nenek Rahul memintanya pergi ke suatu tempat untuk menguruskan abu datuknya, mengikut amanat datuknya..Rahul berat hati untuk memenuhi permintaan itu, sebab Rahul mahu bercuti ke Goa dengan dua sahabatnya... Rahul telah membuat perancangan untuk membuang abu datuknya di Goa saja. tetapi neneknya mahu melihat Rahul bertolak.. Rahul terpaksa mengubah rancangannya dengan menaiki Chennai Express dan bertemu sahabatnya di stesen keretapi yang berikutnya...

ketika turun di stesen yang dijanjikan, Rahul terlupa mengambil abu datuknya. Rahuk pergi mengambil abu datuknya, keretapi sudah mula bergerak.. semasa Rahul melangkah keluar dari keretapi itu, Rahul ternampak seorang gadis sedang berlari untuk menaiki keretapi itu. Rahul pun membantu gadis itu. Rahul juga membantu 4 orang pemuda yang turut berlari untuk menaiki keretapi itu dan akhirnya dia terlepas peluang untuk turun dari keretapi itu.....


Rahul cuba mengurat gadis itu kerana menyangkakan gadis itu tidak tahu bahasa hindi. Rahul pun menyanyi lagu hindi tetapi dia terkejut bila gadis itu mula menyanyikan lagu dari filem hindi yang ditukar senikatanya, supaya orang lain tidak faham. keadaan bertukar menjadi amat panik.



Rahul akhirnya mengetahui bahawa gadis itu,  yang bernama Meenalochni Azhagu sundaram A.K.A Meenamma (Deepika Padukone)adalah anak kepada seorang yang sangat dihormati dan terkenal (senang cakap , ayah Meenamma ni seorang DON / gangster / mafia.... Meenamma sedang cuba melarikan diri dari perkahwinan paksa yang diatur oleh ayahnya.. dan 4 orang pemuda yang dibantu sebelum ini adalah orang-orang kepada ayah meenamma..secara automatiknya Rahul terpaksa mengikut Meenamma pulang ke kampung asal Meenamma untuk menemui ayah Meenamma..

Meenamma memperkenalkan Rahul sebagai kekasihnya. Tangaballi A.K.A bakal suami Meenamma(Nikitin Dheer) telah mencabar Rahul untuk bertarung.. Rahul yang tidak memahami bahasa yang digunakan oleh tangaballi telah menerima cabaran itu.. pada malam pertarungan Rahul telah melarikan diri dengan bantuan seorang polis, tetapi dia dikembalikan ke kampung Meenamma balik... sekali lagi Rahul melarikan diri dan membawa Meenamma sebagai tebusan. jip rosak, mereka bergaduh, berpisah dan kembali bersama..

mereka tiba di sebuah kampung. Meenamma mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang kahwin lari memerlukan perlindungan..Rahul dan Meenamma jatuh cinta. mereka ditangkap oleh Tangaballi. mereka terkejut kerana Tangaballi faham bahasa hindi..penduduk kampung membantu mereka melarikan diri.. mereka pergi melaksanakan amanat datuk Rahul..


Rahul membawa Meenamma kembali kepada ayahnya dan menyatakan yang dia mencintai Meenamma..Tangaballi dan Rahul bertarung... siapa akan menang????? 

sampai sini aje la sinopsisnya..citer hindustan, macam biasa la kan.... hero kalah dulu... pastu cinta mesti menang punyalah.... 



'Don't underestimate the power of a common man'
'Miss Subtitle'
'Sweet Seller'


pada pendapat sy citer ni best, kelakar.....memang tak rugi la tengok citer ni...

 scene yang sambut tangan ni buat sy teringat kat filem Dilwale Dulhania Le Janyenge (citer hindi yang paling sy suka).. Shah Rukh Khan dan Kajol.. tapi dalam filem ni, scene tu jadi kelakar sangat.. hihihi...



jom tengok the making of Chennai Express... boleh tahan ganas jugak ye, si manis Deepika Padukone..



ok tu je untuk kali ini...(^_^)
tata....titi....tutu.....

No comments:

Post a Comment