Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday 15 November 2013

FILEM SERAM- THE CONJURING....



Dah lama sebenarnya sy tak menonton filem seram / horror nie...Filem hantu yang paling akhir sy tonton dulu adalah filem 'Kuntilanak', tahun bila ye?? 2006 /2007 cam tu la...dah tak ingat.. tapi yang sy masih ingat sampai sekarang adalah dialog nie "Kalau suara kuntilanak itu dekat artinya dia jauh dari kita, tapi kalau suaranya semakin jauh terdengar itu artinya dia dekaaaaat padamuuu"  

Hari ahad yang lepas adik sy bersungguh-sungguh mahu sy menonton satu filem seram nie... sy nie bukannya berani sangat tengok filem2 seram nie.. takut terbayang-bayang... tapi adik sy nie kata filem yang nie tak seram...biasa-biasa je... jadi sy pun gagahkan diri untuk menonton... mula-mula dia suruh  tengok  filem yang bertajuk 'INSIDIOUS'... Tak seram sangatlah, boleh la.. hantu dia macam orang je....(dah keluar filem 'INSIDIOUS 2', saya baru tengok 'INSIDIOUS'.... hehehe.... ketinggalan betul....)

Tapi yang sy nak cerita nie pulak bertajuk 'THE CONJURING'... kisah benar yang difilemkan....


'THE CONJURING'
sedikit sinopsis cerita ni.. ikut apa yang faham le ye....

Cerita nie berkisar tentang Roger dan isterinya, Carolyn yang berpindah masuk ke sebuah rumah lama yang baru dibeli.. Mereka mempunyai 5 orang anak perempuan... Andrea, Nancy, Christine, Cindy dan April.....betapa gembiranya mereka berpindah ke rumah yang lebih besar dan mempunyai bilik yang banyak... tapi kegembiraan mereka tak lama....


Bermula dengan anjing yang tak berhenti menyalak dan enggan masuk ke rumah..... anjing itu mati pada keesokan harinya.... Carolyn menyedari kesemua jam di rumahnya terhenti pada jam 3:07.... juga terdapat tanda lebam pada tubuh Carolyn...

Banyak kejadian aneh berlaku.... anak yang kecil mempunyai kawan ghaib, bernama Rory yang hanya boleh dilihat melalui kotak muzik yang terdapat di rumah itu... Cindy berjalan semasa tidur (sleep walker) dan melagakan kepala pada almari yang sedia ada di rumah itu....beberapa kali Cristine terjaga dari tidur kerana kakinya disentap.... Gangguan yang mereka alami semakin menakutkan...



Carolyn meminta bantuan Ed dan Lorraine Warren kerana tak sanggup melihat anak-anaknya ketakutan.... Ed dan Lorraine Warren ni merupakan sepasang suami isteri yang banyak menyelesaikan kes-kes paranormal....Kali pertama menjejakkan kaki ke rumah itu Lorraine dapat merasakan dan melihat kewujudan roh jahat / hantu / bayangan hitam....



Lorraine menyiasat mengenai sejarah rumah itu dan menemui punca mengapa penghuni rumah itu dihantui.....Rumah dan tanah itu pada asalnya milik Bathseba yang mengamalkan ilmu hitam.... Bathseba membunuh anaknya dan menggantung dirinya pada pokok di depan rumah itu...Sebelum mati Bathseba bersumpah untuk mengutuk / menghantui sesiapa saja yang mengusik rumah dan tanahnya .....

Sebelum Roger dan Carolyn, terdapat pasangan lain yang pernah tinggal di rumah itu...anak kepada pasangan itu bernama Rory... Rory dikatakan telah hilang secara misteri....

Terjumpanya ruang rahsia disebalik almari yang ada di rumah itu....terbongkarlah rahsia yang mana Bathseba akan merasuk setiap ibu yang mendiami rumahnya itu untuk membunuh anak-anak mereka...Setelah mengetahui tujuan Bathseba  itu, mereka  sepakat untuk keluar dari rumah itu dan tinggal di motel berhampiran....




Bathseba juga turut mengganggu anak Lorraine yang ditinggalkan di rumah Lorraine bersama ibu Lorraine...




Tidak terkecuali, Carolyn juga turut dirasuk untuk membunuh anak-anaknya.... Dari motel, Carolyn telah membawa 2 daripada 5 anaknya itu kembali ke rumah Bathseba....Apabila Roger, Lorraine, Ed dan pembantunya sampai....Carolyn sedang cuba membunuh Christine di ruang bawah tanah......manakala April tidak ditemui.....



Bathseba tidak mengizinkan mereka membawa Carolyn keluar dari rumah itu.... 




Ed dan Lorraine mesti memulihkan dan menyelamatkan Carolyn di dalam rumah itu sahaja.... tanpa membawa Carolyn kepada paderi atau membawa paderi kesitu........


April dijumpai di bawah lantai dapur rumah itu....... Apabila Carolyn tahu , dia serta merta pergi mendapatkan anaknya itu dengan membawa sebilah gunting......



Ok tu aje sinopsisnya..... nak tau ending nya kenalah tengok sendiri.....

Meh... tengok trailer the conjuring ni dulu..... 








Pada sy filem ni sangat mendebarkan....meremang satu badan.. seram.... Dari lima bintang, sy bagi 4 1/2 bintang untuk cerita ni... Nasib baik sy tak teringat-ingat sangat / terbayang-bayangkan cerita ni selepas menonton hari tu..... Cuma anak sy yang kedua tu je la demam sekejap.... petang tengok cerita ni, malam dah panas badan dia.... hehehe... dia aje la yang sudi menemankan sy waktu menonton filem ni.... suami dan anak sulung sy tu tak berminat dengan filem seram..... masa mula-mula menonton anak sy ni sibuk bertanya kenapa??..mengapa??.. bagaimana??....sebab apa??...macam-macamlah soalan yang berkaitan dengan cerita ni.... lama-lama dia diam je.... bila tanya dah seram ke? "belum lagi, tak seramlah..biasa aje la"...alih-alih malamnya dah demam...hihihi...

secara jujurnya sy tak menonton filem ni secara direct atau terus menonton dari mula hingga ke ending nya.... takut...tengok sy sikit tapi dah rasa seram...hantu dia belum keluar lagi..... sy tepon adik sy tanya bila dan di mana hantu tu akan keluar???....sy sambung balik????....tak.. sy tengok lawak ke der 2 dulu....pastu baru sambung balik sampai ending..... filem ni memang best walaupun seram....

sy rasa pelakon yang meninggalkan kesan pada sy adalah watak Carolyn, yang mana dilakonkan oleh Lilli Taylor... nampak real betul lakonannya....sy tak kata pelakon lain tak hebat...cuma sy rasa  watak carolyn ni lebih menonjol pada pandangan sy...





 Masa Carolyn  dengan April nak main 'Hide and Clap' tu...sy dah jangka dah, mesti hantu tu yang akan clap / tepuk tangan....hahaha.... dah jangka, bila jadi betul terkejut juga....haha..



tiba-tiba ada suara yang mengajak Carolyn bermain 'Hide and Clap'.. 
"hey, want a play Hide and Clap" 
terus ada tangan bertepuk di belakang Carolyn....terkejut tau.....










Boleh dikatakan kerana gambar inilah Carolyn berjaya melawan dari dalam dirinya..... Lorraine mengingatkan Carolyn tentang hari yang tak akan Carolyn lupakan....betapa sayangnya Carolyn pada anak-anak dan keluarganya..... kenangan bahagia mereka sekeluarga pada hari tertangkapnya gambar ini....THE GOOD DAY....








 Inilah 'THE WARREN, Ed dan Lorraine Warren yang sebenar......dalam filem watak mereka berdua dilakonkan oleh Patrick Wilson dan Vera Farmiga.....



Ini pulak anak-anak Roger dan Carolyn yang sebenar bersama pelakon-pelakon yang melakonkan watak mereka iaitu Andrea, Nancy, Christine, Cindy dan April.....Orang yang sebenarnya tu dah tua dah, lama betul mereka ambil masa untuk filemkan kisah mereka ini..... kalau ditengok betul-betul macam ada iras-iras je pelakon dengan orang yang sebenar tu, kan...kan...kan....

so selamat menonton pada yang belum menonton.... tak la seram giler...hehehe...kalau seram giler sy tak akan habis menontonnya.... sy dah pun menonton 3 kali.....best..








No comments:

Post a Comment