Nie la dia novel-novel yang baru saya beli.....Novel-novel nie saya kirim
kat adik saya yang dok kat Politeknik Permatang Pauh, Penang….. thank you Acung, Laen kali boleh la k.yant kirim lagi yow.......
(n_n) (^_^)
Novel 2x5 karya Areila
Sahimi dan Sayang
cikgu ketat-ketat….Sebuah novel lagi tu,
Selepas kamu karya Sofea Ixora
adalah pilihan adik saya (dia terpikat ngan novel nie, last2 di tolak kat saya, jadi nak buat macam mana…bayar
aje le..sebab citernya pon ok gak)
Saya dah baca bahagian awal novel 2x5 di blog Areila Sahimi iaitu http://starluvu.blogspot.com/2009/07/2-x-5.html
Terasa nak sangat tahu endingnya.. Almaklumlah karya Areila Sahimi tidak pernah mengecewakn setakat nie... Dan akhirnya ternyata tidak mengecewakan...... best dan sangat-sangat terhibur <3
Novel 2x5 nie, kalau tak silap saya pernah menang Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2011 di tempat kedua....
Novel 2x5 nie, kalau tak silap saya pernah menang Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2011 di tempat kedua....
Novel Sayang cikgu ketat-ketat pula, saya baca bahagian awal novel nya di http://www.penulisan2u.my/2011/12/novel-sayang-cikgu-ketat-ketat-1/
Nie la cover untuk novel Sayang cikgu ketat-ketat di penulisan2u.......
novel nie kira ok juga.....best juga dan tak la rugi beli.....
2x5
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM19.00
Seorang kecewa menonggeng.
Seorang kecewa berguling.
Seorang merentas Lebuh Raya
Utara Selatan.
Seorang terbang menyeberangi
Laut China Selatan.
Agak kalau seorang kata
sudah sampai ke pusat angkasa ISS.
Mahu yang seorang lagi akan
kata dia sudah memjejakkan kaki ke tanah bulan!!!!!
SINOPSIS YANG TERDAPAT PADA DIBELAKANG KULIT NOVEL
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah
berpujangga…..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah
asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim
itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya
sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa
pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh
juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan
mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina
mahligai bahagia bersama.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan
di tengah hari.
Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu
keharmonian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk
meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya
rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.
Dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula
Johan Razi si hartawan yang hartanya tidak habis makan menimbulkan cemburu
dihati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main
bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.
Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh
siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing-masing
2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau
Zaim??????? Memang cemburu
tanda sayang. Tapi terlebih cemburu juga boleh
membawa padah………
Sayang Cikgu Ketat-ketat
Karya Rafina Mimi Abdullah
Terbitan Kaki Novel
Harga RM20.00
“Saya sayang cikgu.”
“itu aje?”
“Saya saying cikgu
ketat-ketat.”
“Hah? Apa dia?”
SINOPSIS YANG TERDAPAT PADA DIBELAKANG KULIT NOVEL
Nurul Anis adalah seorang anak yang
bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba
kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering
membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk
menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja
perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati
melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu
Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu
Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan
disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih
muda.
“Jadi… Anis sudah buat
keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”
“Cikgu… saya cintakan cikgu
tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat
bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”
Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi
di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula
menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida
untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar
di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang
hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa
bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran
Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi
isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri
apabila mendengar pengakuan itu.
“Awak terlalu naif Nurul Anis.
Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan
saya? Tak mungkin!”
Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu
Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu
ketat-ketat’ kepada suaminya?
"Tak sangka pulak, nenek saya tiba-tiba saja ada kat depan mata. Emmmmm......nampaknya Anis berbohong dengan saya. Memang betul la Anis masih tak puas hati dengan saya tapi tak mengaku..........."
Lagu nie la yang berkumandang dari handphone Anis yang berada di dalam poket baju sekolah Anis. Kan dah KANTOI...hehehehe...
Aishiteru
Lagu kegemaran cikgu Safarin..
Ada Band ~ Nyawa Hidupku.
[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]
Yang
menarik dr novel nie
"Tak sangka pulak, nenek saya tiba-tiba saja ada kat depan mata. Emmmmm......nampaknya Anis berbohong dengan saya. Memang betul la Anis masih tak puas hati dengan saya tapi tak mengaku..........."
Lagu nie la yang berkumandang dari handphone Anis yang berada di dalam poket baju sekolah Anis. Kan dah KANTOI...hehehehe...
Aishiteru
Lagu kegemaran cikgu Safarin..
Ada Band ~ Nyawa Hidupku.
Keluar dari hospital, Cikgu Safarin dengar lagu tau...
Steelheart ~ She's Gone
best tau lagu nie.
Steelheart ~ She's Gone
best tau lagu nie.
Selepas dengar lagu nie, Anis nekad untuk pulang kepangkuan cikgu Safarin. Walaupun dihalang oleh ayahnya dan masih belum habis berpantang.
Eren feat. Romi ~ Pelengkap Hidupku.
Karya Sofea Ixora
Terbitan Fajar Pakeer
Harga RM19.00
Rindu
itu nafasku,
Saying
itu degup jantungku,
Cinta
itu nyawaku…..
SINOPSIS YANG TERDAPAT PADA DIBELAKANG KULIT NOVEL
Alia: “Kenapa hati ini dicipta untuk disakiti berkali-kali? Tidak
sanggup rasanya untuk terus disakiti begini. Ya Allah hanya Kau yang mengerti
betapa sengsaranya diri ini hanya kerana menagih cinta sejati daripada makhluk
bernama manusia.
Tengku Azril: “Alia…… Aril bukannya lelaki yang sempurna pun. Namun apa saja yang Aril beritahu Alia sebelum ni, tak ada satu pun dusta. Semuanya benar. Setiap hari Aril mengingati Alia…..…”
Haqimi: “Tapi kalau Alia berdegil nak bayar juga Qimi terima. Cuma bukan bayar dengan duit tapi Alia kena jadi isteri Qimi.”
Alia pernah bahagia dengan cinta pertamanya, Tengku Azril. Angan-angan mereka musnah untuk hidup bersama atas angkara ibu Tengku Azril sendiri. Lebih teruk, Alia dihalau oleh keluarganya. Lantas dia membawa diri ke Kuala Lumpur. Tanpa diduga Haqimi hadir mengetuk pintu hatinya. Alia teragak-agak untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Namun, sebelum dia sempat merasai kebahagiaan bersama cinta kedua, sekali lagi Alia diuji. Haqimi tiba-tiba menghilangkan diri. Lebih bingung dia secara tidak rela menjadi tunang Faris iaitu abang Haqimi sendiri.
Dalam penantian menunggu Haqimi kembali semula kepadanya, Alia dikejutkan dengan kehadiran Datin Zaidah, wanita yang bertanggungjawab memusnahkan impiannya untuk hidup bersama cinta pertamanya. Wanita itu meminta pertolongan Alia agar memujuk Tengku Azril balik ke Malaysia selepas hampir empat tahun tidak pulang ke tanah air.
Ternyata pertemuan Alia dengan Tengku Azril bukanlah pertemuan biasa. Tengku Azril benar-benar ingin memujuk Alia agar kembali kepadanya semula. Hidup Alia yang tenang tiba-tiba menjadi resah dek tiga lelaki dalam hidupnya. Faris, tunang tidak sengaja Alia. Haqimi, bos dan kekasihnya. Tengku Azril, bekas kekasih merangkap tunang tidak jadi.

maaf kiranya terdapat
sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada
sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di
minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)
salam dik..terima kasih ye sebab bersungguh2 buat entri dan masukkan link2 youtube tu..akak sebagai penulis SCKK sangat berterima kasih atas keprihatinan ini.. :)
ReplyDeleteSalam Mrs Yie .....sama-sama kasih, ^_^ hEhEhE......tak sangka pulak penulis novel SCKK yang bagi komen....terima kasih juga kerana singgah di blog saya ni dan memberi komen...tak sangka sungguh....SONOK WEH... :)
Deletetitanium arts
ReplyDeleteTATONIC ART CUSTOMING · TATONIC ROCKING T-TATONIC ROCKING T-TATONIC ROCKING 바카라 사이트 T-TATONIC. This unique and original design is https://febcasino.com/review/merit-casino/ crafted with the use ford escape titanium of gri-go.com sustainable 바카라 사이트