Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Wednesday 25 April 2012

Novel yang baru saya dapat....Cinta tak terucap & Bisik-bisik Gelora( free tau )











Cinta Tak Terucap
Karya Imani Hatta
Terbitan Kaki Novel
Harga RM20.00

Perlukah cinta diungkap atau cukup sekadar
perbuatan semata?
Dapatkah cinta itu dipertahankan........tanpa
ungkapan kata cinta?

SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT  NOVEL
Ammar Mirza tidak pernah memberitahu perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah dia tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya......dia jadi buntu.

Suri Imani Shamsul Azhari; Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

Ammar Mirza Mahathir; Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata-kata ibubapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?


[@_@] (@_@) [@_@]

Ammar Mirza <3 Suri Imani
Am <3 Iman



Insiden terperangkap dalam lif;
 "Abang tak mandi ke?"
"Kenapa tanya macam tu?...............Bau busuk ke?"
Sri Imani mengangguk. Wajahnya selamba sahaja.
Ammar Mirza sudah menarik bajunya dan didekatkan pada hidung untuk menghidu bau baju sendiri. Busuk ke? Hatinya tertanya-tanya. 
"Apasal muka berkerut ni? Iman gurau ajelah" Terus saja tawa yang ditahan sejak tadi meletus.
Ammar Mirza mengetap bibir, geram. Mati-mati dia percaya kata-kata Suri Imani. Belum pernah lagi Suri Imani bergurau dengannya, sebab itu kata-kata Suri Imani dianggap serius.


Suri Imani terkejut. Sepantas kilat, lampu utama di dalam lif terpadam. Mulutnya terlopong dan menjerit tanpa sedar.
"Syyy......senyap!"......."Adoiiii!!"
Suri Imani kaku. Rasanya tadi dia terpijak sesuatu.
"Iman, alih kaki tu"
"Sorry....sorry..!"
"Bukan yang tu...."
"Yang ni?"


Gerakan tubuh Suri Imani mengejutkan Ammar Mirza yang terlena.
"Kenapa?"
Rupa-rupanya dia tidur 'berbantalkan' paha Ammar Mirza. Tetapi bila masa pula dia boleh tertidur di atas paha lelaki itu?
"Pukul berapa dah?"
"Tujuh"
"Kenapa"
Ammar Mirza menggeleng kepala. Dia cuba menggerakkan kakinya sebelum kakinya berkerut seribu. Ngilu rasa kakinya yang kebas.
"Sakit ke?"
"Jangan sentuh!..............Gelilah kalau sentuh"
Suri terpinga sekejap. Ingatkan Ammar Mirza mengaduh sakit kerana hal kakinya dipijak semalam. Rupa-rupanya sebab kebas. Idea nakal bermain di fikiran.
"Jangan!!!!!!!!!!" 
Selepas insiden terperangkap dalam lif tu Suri Imani demam...
  
Insiden kena tangkap basah ( kelakar nie)
"KFC"
"Tak boleh ke esok? Iman makan nasi ye? Boleh abang hangatkan..........Nangis ke?"
"Taklah"
"Nak makan KFC?"
Suri Imani tidak menjawab dan hanya mengangguk.
"Abang penat sangat. Subuh-subuh dah cari sate kijang. Semalam pun abang tak tidur nyenyak".
"Emmmm........Iman tak nak makan KFC la."
"Betul?...............Betul nak makan KFC?"
"Abang!!!!"






   



Bisik-Bisik Gelora
Karya Fauziah Ashari
Terbitan Buku Prima
Harga RM25.90

 SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT  NOVEL

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh dari kota. Di kampung Arumi telah bertemu dengan Jad Izzudin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi kepada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya akan kian liar. Kini, sudah pun dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi ‘menantu hantu’. ~Tuan Akalil.

“Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan orang pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku pun tak suka bela pelacur. Kau duduk sini, jadi orang gaji aku!” ~Jad Izzudin.

“Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau tak mengapa Jad, aku akur. Tapi, aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat sistem barter dengan membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa” ~Banin Arumi.












maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)















No comments:

Post a Comment