Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Wednesday, 29 August 2012

mY kEk mErrY


Dari kecik sampai la dah besar, nie la dier kek kegemaran sy. KEK MERRY @ KEK BATIK.....Dulu susah nak dapat peluang makan kek nie (dapat makan setahun sekali je kot) Bukan apa mak sy nie sibuk tolong bapak kat kedai ngan adik2 yang mase tu masih kecik.....so agak terbatas le waktu mak…..

So tunggu aje la....... kebiasaannya mak buat mase raye je.
 HuHuHu.....

Tapi sekarang, kek merry menjadi menu wajib sy mase hari raye n ulang tahun kelahiran sy dan anak2...... Adik beradik dan anak2 sy memang suka giler ngan kek merry nie..…..masa raye mesti deme tanya, “Kek merry buat tak????...…

Kadang-kadang kalau tengok bahan untuk kek nie ada, sy terus buat je..... saje2..... anak2 lah yang paling seronok......
macam orang mengantuk, disorong bantal..... HaHaHa.......



KEK MERRY


Bahan2
Biskut Merry         1 kati / 600gram
Telur      4 biji
Gula        3 sudu besar
Susu       1 tin / 505gram
Planta / Margerin        1 tin ( guna tin susu )
Air Sejuk        1 tin ( guna tin susu )
Pilih salah satu:
1.    Milo        4sudu besar
2.  Koko powder                2sudu besar
3.  Milo        2sudu besar & 1 sudu besar Koko powder
(biasanya sy guna yang no.3…. milo + koko powder ~pada sy lagi sedap ada milo dan koko)

Cara memasak
·       Patahkan biskut merry. ( patah 4 & tepikan )
·    Masukkan Planta / margerin, susu, gula, milo / koko powder & air sejuk campurkan ke dalam satu periuk.
·       Masak sehingga planta / margerin cair.
·       Pukul telur dulu kat mangkuk kecil & masukkan ke dalam periuk tadi.
·       Kacau cepat2 ( takut telur tu berketul2 ). Kacau hingga agak pekat.
·       Masukkan biskut merry. Kacau sebentar & tutup api. Terus kacau sehingga rata.
·       Masukkan kedlm bekas & ratakan.
·       Masukkan kedlm peti sejuk.

Sedap dimakan semasa sejuk.

Ade setengah orang akan bakar kek nie tapi sy suke yang macam nie.......simpan kat peti ais. Bile kek dh   sejuk, potong d makan. Eemmm..........Sedapp.




Monday, 27 August 2012

Novel yg baru sy beli...............Curi-curi Suka ~ Liyana Zahim


Baru-baru nie ada le pegi TESCO Ipoh, nak cari & beli kitchen scale. So sementara tunggu cik abang & bebudak g toilet, sy pusing2 kat tempat novel…….novel yang ade dalam list wajib beli tak ade la pulak….jadi tengok2 aje le…
Bila cik abang dah ade kat sebelah, sy saja le coba nasib kot-kot dapat sebijik 2…..
Alhamdulillah…..dapat la novel nie
Curi-curi Suka….

Bila dah baca….best gak…pendek kata ( panjang tak kata tau ) tak rugi beli….



Curi-curi Suka
Karya Liyana Zahim
Terbitan ALAF21
Harga RM 21.00

Diam-diam jiwa merindu
Senyap-senyap
Hati terpaut



Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
WALAUPUN  dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah.

Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dibuatnya !

‘Malapetaka’ makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy ! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya.

Dalam diam, dia curi-curi suka seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh ? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.







maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)



Sunday, 15 July 2012

Novel yg baru sy baca...............1. Sebenarnya, Saya Isteri Dia~ Zura Asyfar.....2. Suami Aku Ustaz~ Hannah Dhaniyah...


Novel-novel nie saya baca melalui www.penulisan2u.my, dapat lah baca beberapa bab.....menarik !!!


Disebabkan tak puas baca kat penulisan2u dan excited nak tau ending nye, so saya beli 2 novel nie....( Saya kirim kat my S.I.L, Kak Mimie…hEhEhE )

Sebenarnya, Saya Isteri Dia ! dan Suami Aku Ustaz....





Sebenarnya, Saya Isteri Dia ! 



Karya Zura Asyfar

Terbitan Karya Seni

Harga RM 30.00



"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."






Sinopsis yang terdapat dibelakang novel

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

“Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau.”
-Firash Arshad.

“Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku.”
-Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku dihati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syafa adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

“ Siapa nak tidur atas riba awak ? Please lah ! Tak ingin pun !”
-Syafa Aqira.

“ Betul ke tak ingin ? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak lupa kut?" 


-Firash Arshad.




Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu?

Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash ?

Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka ?




Suami Aku Ustaz

Karya Hannah Dhaniyah
Terbitan Karya Seni
Harga RM 22.00

"Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila !-Alisa-"


Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
 


  Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat ?



“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”



Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatnya mengikut kata mereka.



Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia ?


 “Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak ? Aduh ! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”


Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup bersama Hafiz yang hidupnya skema ? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar ?



“ Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”



Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik.

Akan wujudkah cinta buat si suami ?

Dan bertahankah jodoh mereka berdua ?
Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian ?




<3 <3 <3 
Kedua-dua novel nie tersenarai dalam
20 Novel Terlaris Carta Popular 
(  Julai 2012 )


dan juga..........


Keratan Akhbar Berita Harian
Top 5 Carta Bestseller Novel di MPH
( Mei 2012 )








maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)