Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Showing posts with label KOLEKSI NOVEL. Show all posts
Showing posts with label KOLEKSI NOVEL. Show all posts

Saturday, 15 September 2012

Koleksi Novel Damya Hanna....





 Damya Hanna @ Intan Suhana Ramli telah menghasilkan 7 buah novel iaitu;
Bicara Hati
Sepi Tanpa Cinta
Saat Cinta Bersemi
Relaku Menanti
Senafas Cinta
Ternyata Cinta
Ilham Hati

 Tp sy blum baca lagi novel Ilham hati nie.....hehehe...


Bicara Hati
Karya Damya Hanna
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. /Tahun 2003
Harga RM 18.00
‘Tatkala
sendirian hatiku
terdengar degupan
cintamu’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.




Nie cover novel Bicara Hati yang baru....





Sepi Tanpa Cinta
Karya Damya Hanna
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. / Tahun 2004
Harga RM 18.00
‘Ku tetap menanti
 selagi ada asa
di sebalik rindu
yang tegar’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...






Saat Cinta Bersemi
Karya Damya Hanna
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. /Tahun 2005
Harga RM 18.00
‘Biar beribu tahun
akhirnya hatimu
akan kembali
ke lubuk kasih kita’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?




Rela Kumenanti
Karya Damya Hanna
Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. / Tahun 2006
Harga RM 19.90
‘Sesungguhnya
penantian ini satu seksaan yang
 mengguris hati hingga luka’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
BAHAGIAKAH Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.

"Jika aku di hatimu,
 mengapa dia yang jadi sebutan?"

Berkali-kali frasa itu diulang. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tidak pernah dia merasakan sakitnya bercinta. Puas sudah dia memarahi hatinya yang degil. Tapi bayangan Nurin juga yang dinanti-nantikan. Tewaskan dia pada seorang gadis yang egois?

Nurin memang mengerti perasaan Zamil. Sengaja dia berdolak-dalih, lelaki itu 'hanya kawan.' Entah berapa kali dia membohongi hati. Sedangkan bila berjauhan, ada rindu yang menderu dan ada resah yang membara. Hangatnya membakar dalam diam... Hatinya yang terguris tak nampak di mata. Bagi Nurin, cinta tidak semudah melepaskan kata-kata. Dia rela menanti, biarpun disebut jangan, dikenang pun jangan.

"Kau mungkin tidak tahu,
 kasihku bagai di hujung nyawa."

Lalu antara mereka, ada yang terluka. Luqman menjauh bersama doa setelah Zamil mengundur diri. Liyana kembali demi mengutip salah sendiri. Dan Mylia pergi dengan keangkuhan. Jadi siapa yang akan mengikat setia kasih ini? Nurin hanya berserah.

Dia yakin... cintanya milik lelaki itu!






Senafas Rindu


Karya Damya Hanna

Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. / Tahun 2007
Harga RM 19.90
‘Meskipun berjauhan
aku sentiasa dapat merasai
 getaran gemuruh di hatimu’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.

Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Viviana adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.

Disaat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti.... sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.

Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.






Ternyata Cinta


Karya Damya Hanna

Terbitan ALAF 21 Sdn. Bhd. / Tahun 2008
Harga RM 19.90
‘Cinta kita yang sentiasa mekar
 tersemai di laman hati ini’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala..






Koleksi Novel Hanni Ramsul.............







Hanni Ramsul @ Rohani Sulong pernah memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular~Berita Harian 2011 melalui novel PERGILAH AIR MATA. Sy bagi 5bintang utk novel nie....
best....best...best.......................




Setahu sy ada 3 novel karya Hanni Ramsul
1. Biarlah YM Berbicara.
2. Pergilah Air Mata.
3. Kuseru Rindu Itu.


Biarlah YM Berbicara
Karya Hanni Ramsul
Terbitan KAKI NOVEL ENTERPRISE
Harga RM 20.00
‘Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi.
Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati…...
Aku rela jemari menjadi pengganti, menarikan irama indah cinta kita.
Biarkan saja YM yang terus berbicara……..’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL. 

Abang Kamal……………..Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…
Encik Firdaus…………Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…
Charming……….Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…
 Aku………Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…








Pergilah Air Mata
Karya Hanni Ramsul
Terbitan KAKI NOVEL ENTERPRISE
Harga RM 28.00
‘Akan  kulepaskan jua air mata ini pergi…….
jauh……
sejauhnya…....
sehingga sepasang mata ini
tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata Cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu member tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi satu rasa? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau….mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin…..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah saying. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit……SABRINA

Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yang berlaku di antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini…….BADRUL.



Bagi yang dah baca novel PERGILAH AIR MATA nie boleh lah ke blog Hanni Ramsul utk baca special ending PERGILAH AIR MATA.





Ku Seru Rindu Itu
Karya Hanni Ramsul
Terbitan KAKI NOVEL ENTERPRISE
Harga RM 26.00
‘Cinta ini mungkin tidak layak
untuk mengintai ruang di hatimu,
sayang ini juga mungkin tidak pantas
untuk bersemi di lembah rasamu……

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung. Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis yang bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dicari, Hisyam nekad mahu bersama Maisara.

Namun…….. satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walaupun dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi…….dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.
Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?








maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)





Wednesday, 12 September 2012

Lagi Novel Areila Sahimi.......1. Baju pengantin Mak Andam.......2. Iman Suraya



Nie ade 2 buah lagi novel Areila Sahimi selain Yes Boss!. Areila Sahimi telah menulis 5 buah novel ( Lo sy tak silap aar)

1.  Baju Pengantin Mak Andam
2. 2 X 5
3. Iman Suraya
4. Yes Boss!
5. Calon Jodoh Untuk Adik..
















tp sy cuma dh  baca 3 buah  aje.......
2 X 5 ngan Calon Jodoh Untuk Adik lum baca lagi...Kena tunggu kak ipar sy tu beli....hEhEhE....


Baju Pengantin Mak Andam
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM18.00
“Zain, sekeras keras aku,
seselamba mana pun aku, Zain,
aku masih seorang perempuan.
yang tahu rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati.”~Aleeya~

“Biarpun dia serabut,  dia kusut, dia jiwa kacau,
dia suka teh tarik mamak sekalipun,
pada aku dia tetap teristimewa.”
~Zain~

Sinopsis yang terdapat di belakang kulit novel
Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata saying. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur  tak tau nak kata apa sebab dia tak tau apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yang pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar yang tersimpul dileraikan, biar yang kusut dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?





Iman Suraya
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM19.00
'Benarkah, cinta sejati walau telah pergi aka datang lagi.........' 
Sinopsis yang terdapat dibelakang novel
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya. Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.
Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.

Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....


Yes, BOSS !
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM 19.00
Boss memang macam tu kan ?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes, Boss !”  

Sinopsis yang terdapat dibelakang kulit novel 
Aryana……dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat boss seperti Ilham Irfan : selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah boss ……kena turut. Setiap rentak boss…..kena ikut. Semua kena yes, boss !

Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuat dia sering terluka.

Ilham….. dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua ‘teman tapi mesranya’ itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya ? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang patut dia buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah.Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan : “Yes, Boss !”

Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang boss yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah ! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu ! 








maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)