Novel-novel nie saya
baca melalui www.penulisan2u.my, dapat lah baca beberapa bab.....menarik !!!
Disebabkan tak puas
baca kat penulisan2u dan excited nak tau ending nye, so saya beli 2 novel
nie....( Saya kirim kat my S.I.L, Kak Mimie…hEhEhE )
Sebenarnya,
Saya Isteri Dia ! dan Suami Aku Ustaz....
Sebenarnya, Saya Isteri Dia !
Terbitan Karya
Seni
Harga RM 30.00
"Titik-titik
duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa
yang tak mampu untuk aku ungkapkan."
Sinopsis yang terdapat
dibelakang novel
Cinta pertama tidak
semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama.
Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah
dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila
Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam
yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
“Aku buat semua ni
kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau.”
-Firash Arshad.
“Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur
sebab kau sudi kahwin dengan aku.”
-Syafa Aqira.
Laluan untuk
mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat
Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi
perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana
kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis
yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku dihati.
Dan kala rasa sayang
dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri
dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula
terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash
jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syafa adalah anugerah
terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan
kembali kepercayaan dari isterinya itu.
“ Siapa nak tidur
atas riba awak ? Please lah ! Tak ingin pun !”
-Syafa
Aqira.
“ Betul ke tak ingin ? Dulu
okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak lupa
kut?"
-Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan
kembali bersatu?
Bagaimana pula dengan kisah
adik beradik tiri Firash ?
Dan apakah bahagia akan terus
menjadi milik mereka ?
Suami Aku Ustaz
Karya
Hannah Dhaniyah
Terbitan
Karya Seni
Harga
RM 22.00
"Bila
dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila
!-Alisa-"
Alisa bukanlah
anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak
percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat ?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan
jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan
diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih
mampu membuatnya mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia ?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku.
Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku,
dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai
yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab
itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak ? Aduh ! Tidak fasal-fasal dia
menjadi kepunyaan aku pula.”
<3 <3 <3
Kedua-dua novel nie tersenarai dalam
20 Novel Terlaris Carta Popular
( Julai 2012 )
dan juga..........
Keratan Akhbar Berita Harian
Top 5 Carta Bestseller Novel di MPH
( Mei 2012 )
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa
hidup bersama Hafiz yang hidupnya skema ? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya
suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar ?
“ Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau
tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita sebenarnya hidup
kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going
to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah
berputik.
Akan wujudkah cinta buat si suami ?
Dan bertahankah jodoh mereka berdua ?
Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya
kesampaian ?
maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman
ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy
baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada
sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)
No comments:
Post a Comment