Baru-baru
nie ada le pegi TESCO Ipoh, nak cari & beli kitchen scale. So sementara
tunggu cik abang & bebudak g toilet, sy pusing2 kat tempat novel…….novel
yang ade dalam list wajib beli tak ade la pulak….jadi tengok2 aje le…
Bila cik
abang dah ade kat sebelah, sy saja le coba nasib kot-kot dapat sebijik 2…..
Alhamdulillah…..dapat
la novel nie
Curi-curi
Suka….
Bila dah baca….best
gak…pendek kata ( panjang tak kata tau ) tak rugi beli….
Curi-curi Suka
Karya Liyana Zahim
Terbitan
ALAF21
Harga
RM 21.00
Diam-diam
jiwa merindu
Senyap-senyap
Hati
terpaut
Sinopsis
yang terdapat dibelakang novel
WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah
berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan
kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah.
Insiden
jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi
disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah
dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka
menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dibuatnya !
‘Malapetaka’
makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai
guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy ! Berdepan
dengan lelaki itu memang menyakitkan hati Ada sahaja yang hendak digaduhkan.
Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik
pekertinya.
Dalam diam,
dia curi-curi suka seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya.
Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai juga mencintai. Tetapi mengapa
setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh ? Bagai ditakdirkan tiada
sesiapa yang berhak dikasihinya.
maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman
ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy
baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada
sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)
No comments:
Post a Comment