Nie ade 2 buah lagi
novel Areila Sahimi selain Yes Boss!. Areila Sahimi telah menulis 5 buah novel ( Lo sy tak silap
aar)
1. Baju Pengantin Mak Andam
2. 2 X 5
3. Iman Suraya
4. Yes Boss!
5. Calon Jodoh Untuk Adik..
tp sy cuma dh baca 3 buah aje.......
2 X 5 ngan Calon Jodoh Untuk Adik lum baca lagi...Kena tunggu kak ipar sy tu beli....hEhEhE....
Baju
Pengantin Mak Andam
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM18.00
“Zain,
sekeras keras aku,
seselamba
mana pun aku, Zain,
aku masih
seorang perempuan.
yang tahu
rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati.”~Aleeya~
“Biarpun
dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau,
dia suka
teh tarik mamak sekalipun,
pada aku
dia tetap teristimewa.”
~Zain~
Sinopsis
yang terdapat di belakang kulit novel
Aleeya dan Zain berjumpa
di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun
kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual
mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak
bertempat.
Aleeya
dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman
tapi mesra. Zain kata saying. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak
tau nak kata apa sebab dia tak tau apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia
untuk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yang
pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.
Tiba-tiba
badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh
tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan
itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa.
Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada
di depan mata?
Lalu
siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar
yang tersimpul dileraikan, biar yang kusut dilembutkan, biar yang serabut
dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy?
Azizul?
Iman Suraya
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Harga RM19.00
Harga RM19.00
'Benarkah, cinta sejati walau telah pergi
aka datang lagi.........'
Sinopsis
yang terdapat dibelakang novel
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan
Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana
sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula
membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan
dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka
meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia untuk menjadi
seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti
pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.
Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya. Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu
semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka.
Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan
selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati
gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa
ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana
jatuh cinta padanya.
Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....
Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....
Yes, BOSS !
Karya Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel
Terbitan Kaki Novel
Harga RM 19.00
Boss memang
macam tu kan ?
Apa sahaja
yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes, Boss !”
Sinopsis
yang terdapat dibelakang kulit novel
Aryana……dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat boss seperti Ilham Irfan : selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah boss ……kena turut. Setiap rentak boss…..kena ikut. Semua kena yes, boss !
Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuat dia sering terluka.
Ilham….. dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua ‘teman tapi mesranya’ itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya ? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang patut dia buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah.Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan : “Yes, Boss !”
Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang boss yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah ! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu !

maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di
laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah
sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada
sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)
No comments:
Post a Comment