Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday, 20 May 2014

NOVEL CIK ABANGKU ROMANTIK dan NOVEL JANGAN GANGGU LENAKU



Hai.....tengok 2 buah novel ni macam best je kan.... Encik Abangku Romantik dan Jangan Ganggu lenaku....tapi memang best pun, tak rugi la baca.... hehehe... nak kata tak rugi beli, tak boleh la pulak....hehehe...sebab saya pun tak beli novel ni... saya pinjam dari adik saya, Pn Nur Hanis... dah alang-alang adik saya beli, jadi saya pinjam aje la.... save budget sikit.... hehehe... apa-apa pun thank you, Anis. 'terima kaseh daun keladi, kalau ada novel lain bagi pinjamlah lagi.....' Ngahaha.. (^_<) kredit jugak untuk Anis, sebab tolong snapkan gambar novel ni....hehe... masa pinjam hari tu lupa pulak saya nak snap... (^_^)

Encik Abangku Romantik
Karya Elee Mardiana
Terbitan Alaf 21
Harga RM22.00

Kau kejar aku lari,
aku berhenti kau menyepi…….

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamour terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Dia ada alasannya sendiri.

Tetapi…… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walaupun Widelia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan……

Iqbal juga sukakan Widelia, tetapi simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang……. Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas….. gigit jari, baru padan muka!

Masalah sekarang…… Widelia tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tetapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula…… entahlah.

Widelia…. Apa sebenarnya yang kau mahu?


[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie
Selalunya kita dengar pasal orang lelaki kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada orang perempuan, tapi dalam novel ni terbalik la pulak...hehehe... si gadis kena bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan pada si teruna.... hahaha..memang kelakar...

pada sayalah novel memang cukup rasa... ada kelakar, ada sedih, ada romantik, ada unsur seram la jugak.... best...

Sedikit sedutan dari novel ni.........
"Grr..... grr......"
Widelia sudah hilang sabar. Dan rasa takutnya juga sudah hilang, berganti dengan rasa marah. Dia berpaling dan berdiri tegak, menanti zombie itu datang menghampirinya.
"Awak ni siapa, hah? Siapa?"
"Grr..... grr......"
"Apa grr..... grr...... ada kahak ke kat tekak tu?" 
"Grr..... grr......"
Zombie itu terus melangkah ke arah Widelia. Semakin lama zombie itu semakin  hampir dan apabila jari-jari zombie itu cuba menyentuh muka Widelia, gadis itu terus bertindak menghentak lututnya pada alat sulit zombie tersebut. Semerta zombie itu menjerit kesakitan dan rebah ke tanah, berguling ke kanan dan kekiri menahan kesakitan yang amat sangat. 
"Padan muka. Hilang terus grr..... grr...... kau ek?"
"Aduh, Wid..... sampai hati Wid hentak...... auu..... ya ALLAH... ya ALLAH..."
"Ya ALLAH, awak ke tu, Encik Haikal?"
Zombie itu mengangguk sambil mengerang kesakitan. Dia masih terbaring di atas tanah. Mukanya berkerut seribu. Air matanya merembes keluar. Sakit!!
 Widelia terus melutut di sisi Haikal.........

*itu makan dia..... hahaha.... sape suruh menyakat orang... memang kelakar scene yang ni....



Jangan Ganggu Lenaku
Karya Haiza Najwa
Terbitan  Alaf 21 Sdn.Bhd.
Harga RM22.00

Kusentuh cinta itu
saat mata terpejam,
namun sirna
sebaik aku terjaga.


SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.
Jemu dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putus-putus dibisikkan ditelinganya.

Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimipinya.

Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?



[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie



Sedikit sedutan dari novel ni.........



tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan......... 
"Menyanyi malam-malam menghadap jendela terbuka macam tu tak ubah macam menghiburkan syaitan"
"kata orang dulu-dulu. bukak tingkap malam-malam macam tu, serupa saja macam menjemput masuk hantu jembalang!"
"Taut jendela tu Aty....."
'itu ke yang diperhatikan Aty, rumah puaka tu?'
'Hebat ke rumah kosong tu? sampai akupun dia tak peduli!'
"Kan mak kata tutup, Aty!"
'Aneh.......aku tercium bau bunga cempaka'
'juga bau bunga tanjung'
'benda tu marah aku tegur ke?'


p/s-hehehe..... rasa seram juga kan.... 


Ni antara watak-watak yg saya ingat lagi.....
Syarifah Atira Azlin
-agak keanak-anakan /lebih tepat kurang matang kot....kesan dari satu peristiwa menyayat hati yang berlaku dalam hidupnya dan usianya seakan terhenti pada masa itu, hanya fizikal sahaja yang berubah tapi mentalnya tetap kekal begitu...
-terlalu rindukan belaian kasih sayang.
Asfahul
-mengahwini Atira atas rasa mahu melindungi dan menunaikan amanah arwah ayah Atira...
-sering menafikan perasaannya pada Atira.

Emalin
-cinta hati Asfahul yang kejam pada Atira.
-Teratak Maya dan dirinya punya perkaitan..

TERATAK ASFALIN
- cantuman nama Asfahul dan Atira, tetapi Atira menyangkakan Asfalin adalah gabungan nama antara Asfahul dan kekasih hatinya, Emalin...

Malikus Saleh
-Penghulu bunian, yang merupakan dirinya seiras Asfahul.

Salehudin
-Anak yang dilahirkan oleh Atira di Puncak Haji dalam alam bunian....





maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)


No comments:

Post a Comment