Cinta Tak Terucap
Karya Imani Hatta
Terbitan Kaki Novel
Harga RM20.00
Perlukah cinta diungkap atau cukup sekadar
perbuatan semata?
Dapatkah cinta itu dipertahankan........tanpa
ungkapan kata cinta?
SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
Ammar
Mirza tidak pernah memberitahu perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza
meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri
Imani. Manalah dia tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan
ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala
tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya......dia jadi
buntu.
Suri
Imani Shamsul Azhari; Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan
tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa
dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca,
tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus
dipersalahkan?
Ammar
Mirza Mahathir; Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur
dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata-kata
ibubapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka
ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama
kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?
[@_@] (@_@) [@_@]
Ammar Mirza <3 Suri Imani
Am <3 Iman
"Abang tak mandi ke?"
"Kenapa tanya macam tu?...............Bau
busuk ke?"
Sri Imani mengangguk. Wajahnya selamba sahaja.
Ammar Mirza sudah menarik bajunya dan
didekatkan pada hidung untuk menghidu bau baju sendiri. Busuk ke? Hatinya
tertanya-tanya.
"Apasal muka berkerut ni? Iman gurau
ajelah" Terus saja tawa yang ditahan sejak tadi meletus.
Ammar Mirza mengetap bibir, geram. Mati-mati
dia percaya kata-kata Suri Imani. Belum pernah lagi Suri Imani bergurau
dengannya, sebab itu kata-kata Suri Imani dianggap serius.
Suri Imani terkejut. Sepantas kilat, lampu
utama di dalam lif terpadam. Mulutnya terlopong dan menjerit tanpa sedar.
"Syyy......senyap!"......."Adoiiii!!"
Suri Imani kaku. Rasanya tadi dia terpijak
sesuatu.
"Iman, alih kaki tu"
"Sorry....sorry..!"
"Bukan yang tu...."
"Yang ni?"
Gerakan tubuh Suri Imani mengejutkan Ammar
Mirza yang terlena.
"Kenapa?"
Rupa-rupanya dia tidur 'berbantalkan' paha
Ammar Mirza. Tetapi bila masa pula dia boleh tertidur di atas paha lelaki itu?
"Pukul berapa dah?"
"Tujuh"
"Kenapa"
Ammar Mirza menggeleng kepala. Dia cuba
menggerakkan kakinya sebelum kakinya berkerut seribu. Ngilu rasa kakinya yang
kebas.
"Sakit ke?"
"Jangan sentuh!..............Gelilah kalau
sentuh"
Suri terpinga sekejap. Ingatkan Ammar Mirza
mengaduh sakit kerana hal kakinya dipijak semalam. Rupa-rupanya sebab kebas.
Idea nakal bermain di fikiran.
"Jangan!!!!!!!!!!"
Selepas insiden terperangkap dalam lif tu Suri
Imani demam...
"KFC"
"Tak boleh ke esok? Iman makan nasi ye?
Boleh abang hangatkan..........Nangis ke?"
"Taklah"
"Nak makan KFC?"
Suri Imani tidak menjawab dan hanya mengangguk.
"Abang penat sangat. Subuh-subuh dah cari
sate kijang. Semalam pun abang tak tidur nyenyak".
"Emmmm........Iman tak nak makan KFC
la."
"Betul?...............Betul nak makan
KFC?"
"Abang!!!!"
Bisik-Bisik Gelora
Karya Fauziah Ashari
Terbitan Buku Prima
Harga RM25.90
SINOPSIS YANG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL
Banin
Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar
dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung
mentuanya jauh dari kota. Di kampung Arumi telah bertemu dengan Jad Izzudin,
seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang
mereka. Suatu hari tanpa diduga Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu
telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka,
Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan
jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka
ini berlaku. Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi
ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang
terjadi kepada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak
gadisnya akan kian liar. Kini, sudah pun dikahwinkan, menantunya pula sudah
menjadi ‘menantu hantu’. ~Tuan Akalil.
“Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan
orang pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat
rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku pun tak suka bela pelacur. Kau
duduk sini, jadi orang gaji aku!” ~Jad Izzudin.
“Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau,
layan kau tak mengapa Jad, aku akur. Tapi, aku tak akan benarkan kau lukakan
hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat sistem barter dengan membabitkan
perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa” ~Banin Arumi.
maaf kiranya
terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri
sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan
terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join
sy.....wassalam......(*_<)
No comments:
Post a Comment