Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Saturday, 31 December 2011

KOLEKSI NOVEL AISYA SOFEA.......




Nie la dia koleksi novel karya Novelis Paling Popular   
....................AISYA SOFEA……........ ………..
sebenarnya ada 2 lagi novel Aisya Sofea yg masih belum dapat dimiliki....susah toi nk jumpa 2 novel nie.. 
 huhuhuhu.....

Nie dia novelnye






Nie la dear Aisya Sofea
atau nama sebenarnya, Hanizura Jamaluddin adalah seorang penulis yang berbakat besar. Anak kelahiran Kelang, selangor mula mengukir namanya melalui novel berjudul JAUH (1997), novel pertamanya, yang mendapat sambutan menggalakkan. 
Gaya penulisannya yang bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca.....


Y[n_n]Y   DOUBLE THUMB~UP dan 5 STAR untuk penulis Aisya Sofea.............

koleksi novel Aisya Sofea 





JAUH
Klasifikasi bahan bacaan
21
UDS
Untuk Dewasa Sahaja

Aisya Sofea
Terbitan ALAF21 sdn. Bhd /  Tahun 1997
Harga RM11.50
‘Masa dan kejauhan bukan halangan
bila jodoh ditakdirkan…….’

SINOPSIS

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meskipun padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan. 




JENDELA HATI

Aisya Sofea
Terbitan ALAF21 sdn. Bhd / Tahun 2000
Harga RM14.00


SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Luqman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir arwah kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah ‘ganti tikar’ yang berlandaskan ‘keterpaksaan’ bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.





KAU UNTUKKU

Aisya Sofea
Terbitan ALAF21 sdn. Bhd /Tahun  2001
Harga 19.90
‘Rahsia di hati
tak siapa
yang
tahu’


SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupa ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba munculkembali diantara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?

KAU UNTUKKU; indah, romantiK dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru setelah JAUH dan JENDELA HATI.


 SEHANGAT ASMARA

Aisya Sofea
 Terbitan ALAF21 sdn. Bhd / Tahun 2003
Harga : RM19.90
‘Bibir Tidak Perlu Berkata
Bila Hati Sudah Mula Bersuara’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya……..
                                    

                        
 GELORA JIWA

Aisya Sofea
Terbitan ALAF21 sdn. Bhd / Tahun 2005
Harga  RM17.00
‘Kupasrah
menyahut kasih
 meskipun parah
dibayangi impian’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tidak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas kehendak keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang dipilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?




ADAM DAN HAWA

Aisya Sofea
Terbitan ALAF21 sdn. Bhd / Tahun 2006
Harga : 19.90
‘Tak usah diucap, tak usah dilafaz
Aku dah mengerti bahasa cintamu’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! 

Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi..


 BUATMU KEKASIH

Aisya Sofea
Terbitan ALAF21 sdn. Bhd / Tahun 2006
Harga : RM19.90
‘Kuserahkan jiwa untuk bersamamu
merentasi horizon ke hari esok’

CORETAN YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

 Novel ini adalah kesinambungan dari 5 buah novel Aisya Sofea yang terdahulu.....

Tanpa Fikri,dunia Ika tidak bermakna.
Jauh

Tiada Lokman, betapa sepinya Farah.
Jendela Hati

Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
Kau Untukku

Meskipun bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.
Sehangat Asmara

Dan cinta suci Hanif,adalah memori terindah buat Intan Azureen.
 Gelora Jiwa

 Tahun berlalu.......kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang di harapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.

Buatmu Kekasih, menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu. 
Khusus untuk pembaca tersayang, saya titipkan khabar terkini pasangan-pasangan yang pernah saya ilhamkan. Semoga dengan kisah yang saya lakarkan ini dapat memberi iktibar untuk kita meniti hidup seharian.


 Selagi Ada Dia

Aisya Sofea
Terbitan ALAF21 sdn. Bhd / Tahun 2008
Harga  RM22.00
‘Biarpun jauh dipisah waktu 
suara hatimu membisik
 bagai kau ada disisi’ 

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

"Aku sering membina angan.
Membina istana indah. Dia sebagai 
raja dan aku sebagai ratu. Biarpun istana kami 
hanya sekadar pondok kecil, namun aku tahu......
dia akan sentiasa di sisi dan mencintaiku selamanya."

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditanggani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimeterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu...... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa luka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?


[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie
"Kenapa nak jumpa abang? Ari tak boleh nak teka siapa yang Ari akan kahwin? Ari tak boleh nak agak siapa yang bakal jadi suami Ari? Tak kuatkah perasaan kita selama ini?"......"Abang tak ada niat nak buat Ari nangis. Sepatutnya, dah tak ada lagi air mata mulai hari ni."
"Ari perlu tau siapa yang Ari kahwin. Ari takut sangat kalau abah dan mak silap pilih suami untuk Ari."
"Sekarang,Ari dah tengok pilihan   abah dan mak. Sama tak dengan lelaki yang ada dalam hati Ari selama ni?"



Uda  & Dara

Aisya Sofea

Terbitan ALAF21 sdn. Bhd / Tahun  2011           

Harga  RM22.00
‘Saat aku membenci dirimu,
kau datang untuk memujuk’

SINOPSIS YG TERDAPAT DI BELAKANG KULIT NOVEL.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.” 



[O_o](*_*)[>_<](^_^)[n_n]

Yang menarik dr novel nie

"Kalau Adam Mukhriz bijak memanjakan isterinya dihadapan orang ramai, kalau Luqman Hafizi boleh buat kita rasa perasaannya pada isteri dia, abang pula nak isteri abang tahu nyawa abang hanya untuk Mar dan Arif. Dan abang tak hidup tanpa Mar..........."

PENAMPILAN ISTIMEWA;

Luqman Hafizi & Farah Wahidah [Jendela Hati]
~ Encik Luqman selaku Bos Mar.
~Zahin dah bujang d tampan.
~Mereka punya 3 anak dara yg cantik d ayu. Dua drpdnya kembar.

Adam Mukhriz & Ain Hawani [ADAM & HAWA]
~ Adam kawan Abang Man masa belajar kt US..
~ Ain mengandung anak kedua..







maaf kiranya terdapat sebarang kesalahan sy di laman ini....Ini sekadar catatan buat diri sy.... pada sy setiap novel yg telah sy baca ,terdapat ayat2 yg sy suke ( dan terlekat di minda….) & mungkin ada sesiapa yg nk join sy.....wassalam......(*_<)


No comments:

Post a Comment