Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Wednesday, 27 April 2016

JOM MAIN SAHIBBA CHOOPP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ada siapa-siapa yang pernah main SAHIBBA CHOOPP! - SYOK TO PLAY tak?? 
Okey saya nak share cara-cara main permainan ini..




Inilah kad SAHIBBA CHOOPP! - SYOK TO PLAY

Kad  SAHIBBA CHOOPP! ni permainan kad untuk 2 / 3 / lebih orang… boleh dimainkan dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu / kedua-dua bahasa serentak…

Berikut adalah kad-kad yang terdapat dalam SAHIBBA CHOOPP! ni:- 



Terdapat 104 keping kad yang tertera huruf-huruf konsonan dan vokal

2 keping kad 'Choopp'
2 keping 'KUTIP 3 KAD DARI SETIAP PEMAIN' / 'COLLECT 3 CARDS FROM EACH PLAYER'  (kad tindakkan)


2 keping 'PERKATAAN 5 HURUF ATAU LEBIH' / '5 LETTER WORD OR MORE'  (kad tindakkan)
2 keping 'LETAK 2 KAD' / 'PLACE 2 CARDS'  (kad tindakkan)

Cara-cara main:-



Letakkan 2 kad CHOOPP! Kat atas meja di hadapan semua pemain… chong / kocokkan kad yang selebihnya dan letak atas meja dengan cara terlangkup / menghadap kebawah… macam dalam gambar tu ye.. Kad-kad tu dinamakan Susunan Cabutan...

Cara mainnya senang je.... pemain hanya perlu cabut satu kad dari susunan cabutan, kad yang paling atas sekali dan buka di hadapan semua pemain.... lepas tu pemain seterusnya akan buat perkara yang sama... cabutan hendaklah mengikut arah jam...untuk lebih mudah.....

Cabut kad dan letak kat tengah.....Cabut kad dan letak kat tengah , sampailah salah seorang pemain dapat membina perkataan dari huruf-huruf yang telah dibuka tadi....




Apabila seorang pemain tu dapat membina perkataan... pemain itu hendaklah memegang kad CHOOPP! sambil menjerit CHOOPP!... pemain yang pertama dapat memegang kad CHOOPP! dapat hak untuk menyebut perkataan yang dibina.... dan mengambil kad yang dieja tadi....


Untuk meneruskan permainan, pemain tadi hendaklah membuka satu kad dari kad cabutan dan diikuti pemain seterusnya dan berikutnya....  Cabut kad dan letak kat tengah...Cabut kad dan letak kat tengah... sampailah ada pemain yang dapat membina perkataan dari huruf-huruf yang sedia ada...


'KUTIP 3 KAD DARI SETIAP PEMAIN'.... apabila kad ini dibuka, pemain yang membuka kad ini hendaklah mengutip 3 kad dari setiap pemain........simpan kad-kad tersebut bersama dengan kad-kad dari perkataan yang berjaya dieja...



lepas tu ulang balik macam tadi...cabut kad dan letak kat tengah.....cabut kad dan letak kat tengah.. . kalau dapat bina perkataan , sentuh kad CHOOPP! sambil jerit CHOOPP!...







LETAK 2 KAD.. 
Setiap pemain mesti letak 2 kad dari kad masing-masing ditengah...
** bagi pemain yang belum mengumpul kad / kekurangan kad, pemain tersebut boleh mencabut 2 kad dari susunan cabutan...
buka kesemua kad tu di tengah....dan cuba bina perkataan dari huruf-huruf tersebut....sekiranya tiada perkataan yang boleh dibina, maka teruskanlah,cabut kad dan letak kat tengah.....cabut kad dan letak kat tengah...mengikut giliran..


PERKATAAN 5 HURUF ATAU LEBIH..
Jika kad ini dibuka, pemain hendaklah membina perkataan yang mempunyai lima huruf atau lebih.Tidak boleh bina perkataan yang kurang dari lima huruf... Seandainya tiada perkataan yang dapat dibina, maka teruslah mencabut dan meletakkan kad di tengah, sehingga ada pemain yang dapat membina perkataan seperti yang dikehendaki tadi..



Permainan tamat apabila semua kad cabutan telah habis di terbalikkan... dan tiada perkataan yang dapat dibina dari huruf-huruf yang sedia ada (yang telah dibuka)...Pemenangnya adalah pemain yang dapat mengumpul kad yang paling banyak...




Macam biasalah, tiap kali main, mesti adalah yang akan merajuk / menangis / mengamuk dan segala macam reaksi lagilah... hehehe... adat la kan main dengan budak-budak.. pemenangnya pulak, dah tentu-tentulah emaknya (itu yang buat budak dua tu marah...asyik mak aje yang menang..).... wahhahahah....






Jumpa lagi dientri yang seterusnya..







Tuesday, 26 April 2016

saya kembali berblog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sekian lama menyepi.. 
In Shaa ALLAH.
Saya akan kembali berblog.. 
hehehe (yeyeye je.. perasan la pulok, macam la ramai sangat yang ternanti2..)

Dimulai dengan gambar cahaya hidup saya, cahaya mata kesayangan saya.. (saya nak share gambar je tau ^_^)











Okey, jumpa lagi di entri seterusnya..

Saturday, 24 January 2015

KEK MINYAK

Nampak sedap tak????



Kali ni saya nak kongsikan resepi kek minyak pula ye. Resepi ni saya dapat dari facebook resepi ummi. Saya tengok bahan2 nya mudah didapati dalam rumah saya ni… sukatan bahan2 mengunakan cawan dan sudu (ok sangat la tu, bukan apa saya tak suka guna penimbang, leceh) dan cara masak pun senang diikut.


Bahan2
§  3 biji telur
§  ½ cawan gula castor
§  1 sudu besar ovalet
§  1 cawan susu pekat
§  1 sudu the perasa vanila
§  1 cawan minyak
§  2 cawan tepung gandum
§  1 sudu the baking powder
§  Pewarna (saya guna warna merah, hijau, kuning dan biru)

Cara2 membuatnya
1) Ayak tepung gandum dan baking powder – tepikan dulu.
2)  Pukul telur, gula dan ovalet sampai gebu.
3)  Masukkan susu dan perasa vanilla – pukul lagi.
4)  Masukkan minyak dan pukul lagi.
5) Selepas itu, masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama dengan baking powder tadi – pukul hingga sebati.
6) Bahagikan ikut warna yang kita nak. Selang selikan adunan dalam Loyang.
7)  Kukus selama45 minit………
8)  Siap. ^_^



Selamat mencuba.
nyum....nyum....nyummy......